terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Monday, August 15, 2011

sesuatu yang baik memang memerlukan pengorbanan

Assalamualaikum..


mesti senyum baru boleh baca..
(harap maaf,post ni lebih kepada pengaduan)

Hari ni aku macam tersedar tentang sesuatu. Sebelum ni,aku biarkan je benda ni sebab aku rasa tak de apa nak dirisaukan pun. Tapi keadaan berbeza bila situasi tu aku sendiri yang hadapi. Macam kawan-kawan aku yang lain,kami sangat-sangat sibuk dan kalut nak buat persediaan masuk universiti. Mula-mula rasa macam simple je,rupanya susah. *aku bukan sedang mengeluh.

Kena bersedia mental dan fizikal.


Ada beberapa kawan aku sibuk Tanya, ‘ko da sedia ke nak masuk u? dah beli barang-barang?’

Sedikit sebanyak soalan-soalan tu membuatkan aku semakin tension. Nasib baik ibu ada. Aku tak berapa nak kalut sangat la. Jadi aku ambil langkah bijak dengan cara susun senarai mana nak buat dulu,barulah lebih sistematik. *bangga =.=

Sekarang sebenarnya aku rasa macam sedikit menyesal la,sebab dulu masa kakak aku masuk u,aku sikit pun tak ambil tau pasal dia. Sebab masa dia buat persediaan,aku pun sibuk nak exam STPM kan.. *alasan je semua tu -_-‘’ jadi,bila tiba giliran aku masuk u,kakak aku macam balas dendam,tak nak tolong aku. Bila aku dah mula serabot dan cakap pun merepek-repek,baru lah dia tolong. –sajalah tu..

Orang lain sibuk fikirkan persiapan raya,aku sibuk fikirkan persiapan nak sambung belajar. Almaklumlah,aku TAK PERNAH duduk asrama *pernah sebulan dua je,lepastu keluar. Jadi,memang tak tahulah apa yang nak dibawa,apa yang perlu dibeli. Sebab tu macam terlebih excited. Maaf la ye.

Aku kira beruntung lagi,sebab ada ramai yang membantu. Contohnya,kat facebook pun ada group dari UM yang tolong jawab soalan-soalan kami. Aku ada kakak yang sanggup bawak aku ke hulu ke hilir,Photostat la,cuci gambar la,medical checkup la. Aku juga ada ibu dan ayah yang berabis duit beli barang-barang dan menyumbangkan idea untuk aku. Aku ada kawan-kawan yang sama-sama berkongsi kekusutan. Hahaha

Untungnya! J


Awal-awal lagi aku dah pesan kat kakak aku, ‘nanti kalau barang aku tak cukup,aku nak pinjam barang kau tau. Nanti kau datang hantar kat UM’ –mementang lah U bolehtahanlah dekat. Sebab tu lah AKU TAK RISAU SANGAT. =P

Nasihat aku:: buat apa kita nak jadi serabot disebabkan orang lain?so,kita enjoy!

Selamat berpuasa semua! J

No comments: