terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Sunday, August 14, 2011

ketenangan yang ku cari

Assalamualaikum




Sebelum mula membaca,aku nak bagitau Entri kali ni berunsur keinsafan oke..

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini,mari kita bercakap mengenai perkara yang baik-baik je. Hehe
Sejujurnya aku nak bagitau yang Ramadan tahun terasa sedikit kelainan daripada tahun sebelum-sebelum ni. Tak pasti kenapa. Tapi yang pasti tahun ni aku dapat rasa lebih ketenangan berbanding yang lepas-lepas. Hilang daripada berbagai tekanan dalaman dan luaran,malah aku juga rasa macam aku telah berjaya menjauhkan diri daripada anasir jahat.





Tak nak cakap berbelit lagi. Sebenarnya aku dah berjaya kurangkan mengumpat! Yeah!! Aku tak tipu tau. Cara aku kurangkan mengumpat ialah TIDAK BERCAKAP LANGSUNG mengenai ORANG YANG AKU TAK SUKA. (maaf lah kepada siapa yang termasuk dalam senarai ORANG YANG AKU TAK SUKA tu. Aku tak sengaja) -_-‘

Cara ni memang sangat-sangat berkesan buat aku. Secara logiknya,cuba kita bayangkan kejap. *mata pandang atas. Bila kita mula bercerita tentang seseorang yang kita tak suka,memang kita akan jadi terlebih excited. TAPI sedar tak yang benda tu jadikan kita makin stress sebab terpaksa berfikir tentang orang tersebut. Betul tak?

Dan secara tak langsung kita dah pun buat DOSA KERING. Astagfirullah..

Jadi,kalau kita tak bercakap dan tak ambil port(ni bahasa aku la) pasal benda yang tak menarik tu,gerenti kita dah pun jauhkan diri daripada perbuatan mengumpat atau menfitnah. Tak percaya jugak?
Korang cubalah cara ni. Kalau tak berhasil,bagitau aku. Hehe

(sebelum aku merepek lagi,baik stop sekarang)

Nasihat aku:: Bulan mulia ni,sama-samalah kita cuba untuk memaafkan orang lain walau sebesar manapun salah mereka. Tapi bukan bulan ni je tau,bulan-bulan seterusnya pun sama. *insaf lama sikit..
J

Nota sikit: Kebelakangan ni mood aku nak post apa-apa kat blog ni rasanya dah berkurang. tak tahulah kenapa. Mungkin sebab bulan puasa,kena jaga perkataan. takot ada yang terkasar bahasa.

No comments: