terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Tuesday, June 28, 2011

pengalaman mematangkanku :)


cukup seminggu aku timba pengalaman bekerja di kedai baju,area larkin.
macam-macam aku belajar. memang TERBAIK + BEST BRO!!hehe

hari pertama dengan kedua kerja,memang memenatkan gila. 10pagi sampai 10malam. aku balik-balik kerja terus terbongkang tidur,dengan tak makan,padahal lapor.

bila masuk hari ketiga dan seterusnya,aku mula rasa seronok. betul-betul seronok. jumpa kawan baru yang macam-macam kerenah. walaupun bos aku agak kedekot dan pelik sikit,tapi bila mood dia baik,ok la..

pengalaman aku bila kena bertahan berdiri selama berjam-jam sebab tunggu customer belek baju. (hari pertama kerja je,ebab bos ada kat situ,tapi bila bos tak ada,memang kitorang la yang jadi bos..)hehe

ada sekali tu,customer datang cari baju dengan seluar.alang-alang beli,terus cari tudung yang sama kaler. dia cari tudung maroon,tapi tak ada pulak tudung warna tu. KEBETULAN,aku tengah pakai scarf warna maroon,yang aku beli kat kedai tu jugak.. boleh pulak makcik tu cakap macam ni "akak nak cari tudung macam yang adik ni pakai". aku cakap dalam hati,"WHAT?nak suruh aku tanggal tudung ni ke?"haha

ada jugak peristiwa yang best berlaku..

bila bos tak ada,memang selamba je kitorang layan customer..padahal bos sentiasa tengok kitorang daripada CCTV kat kedai tu.dah macam stalker aku tengok..haha yang best,bila boring kitorang mencuba baju-baju yang ada kat situ. padahal tak beli pon baju tu..hehe

lagi satu,depan kedai kitorang ada satu food court yang agak besar. dan semua pekerja lelaki yang machoooo kooot..hahaha suka betul bila waktu beli makanan.walaupun aku kirm je daripada budak ni,,sebab aku takooottt nak lintas jalan.hihihi

tapi bertahan seminggu je atasalasan tertentu yang tak dapat dielakkan. apa pun,,memang best tau kerja! i loike!!! :)

akhir kata:rasa rindu pulak nak kerja,jumpa kak ros,ina dan ika.. :')


 +_______________________________+

Kesilapan Wanita Tentang Aurat


★ Aurat itu adalah memakai tudung sahaja .


...★ Bertudung, tetapi berkemeja-T lengan pendek .


★ Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya .


★ Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit, dan nipis lalu memaparkan bentuk ''kawasan2 yg mudah menggoda'' .


★ Bertudung, tetapi hanya memakainya dipejabat sahaja . Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya .


★ Bertudung, tetapi tudungnya dilemparkan kebelakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup .


★ Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ini tidak tepat sama sekali.

Asasnya adalah dari Firman Allah swt bermaksud ~
'' Hendaklah mereka itu melabuhkan tudung sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir ''
(An-Nur:31)


★ Bertudung tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan .


★ Bertudung dan sempurna penutupan auratnya, tetapi memanja2kan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki yg bukan mahram. Sama ada bernyanyi mahupun bernasyid. Tiada kaedah yg sesuai bagi wanita kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki itu memandang. Suaranya yg merdu juga membuatkan lelaki yg rosak hati akan dibuai nafsu, walauponnnnnn penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan .

Larangan ini datang dari Firman Allah yg bermaksud ~
ERTINYA:"Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang dihatinya ada penyangkit,dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik,sesuai dan sopan."
(AL-AHZAB:32



nota kaki:ini aku copy daripada orang lain masa aku sedang menjelajah internet ni.cuma aku dah tak ingat siapa.apapun,terima kasih bagi maklumat ini. :)


sama-samalah kita berfikir sejenak..

Thursday, June 16, 2011

Slot Samarinda di tv3::Annissa


...
Cerita ni bukan baru keluar,agak lama jugak la. Cuma aku je baru tertengok beberapa minggu ni. Bagi siapa-siapa yang suka tengok drama bersiri, bolehlah kalau nak layan cerita ini.

Aku bukan nak cerita sangat pasal drama ni,Cuma nak kaitkan dengan reality. Secara ringkasnya,drama ni tentang 4sahabat yang jalankan perniagaan berasaskan kain. Timbul konflik dalam diri masing-masing sampai menyebabkan pecah-belah. Mula apabila Sara(aida aris) tinggalkan syarikat sebab sakit,tapi tiada siapa tahu. Ana(fiza) selalu curiga yang suami dia, Farid(zamarul hisyam) kahwin lain. Balkis(rozita) kawan baik yang sangat dipercayai Ana sebenarnya madu kepada Ana sendiri. Shila(faradhiya) berusaha untuk merampas semua duit dalam syarikat tanpa meninggalkan bukti langsung,sangat licik. Kalau sekarang ada yang nak tengok,cerita ni tengah sampai part mendebarkan la sebab Balkis mengandung. Apa agaknya jadi pada Ana kalau dia tahu kebenaran tu?

Apa yang aku nak tegaskan kat sini,tentang KEPERCAYAAN. Memang betul ada orang cakap,jangan terlalu percayakan orang sebab kita tak boleh baca isi hati orang lain kan. Macam cerita tu,kawan baik dia yang selalu dia mengadu masalah,yang sangat dia percaya,dalam diam-diam tikam dia dari belakang. Memang bunyinya agak kejam. Tapi inilah reality hidup. Kadang-kadang oreang kepercayaan kita sendiri sebenarnya musuh kita. Sebab tu kalau dalam perniagaan tidak digalakkan buka perniagaan dengan kawan atau saudara sendiri. Takut bila ada apa-apa jadi,kita tak Nampak kesalahan pada kawan kita tu. (aku tak belajar pasal bisness,tapi aku pernah dengar orang cakap pasal ni.maaf kalau salah info)

Seram pulak bila tengok cerita macam tu. Memang wujud pun orang macam balkis dengan Farid tu. Dunia ni makin lama,makin kejam aku rasa. Sakit hati tengok cerita ni,tapi aku layan jugak sebab lagu-lagu dia memang best! lagu daripada Ning,Jac dan Shila. the best!!

Apa-apa pun,aku yakin masih ada orang baik yang kita boleh percayakan. Sangat bertuah sesiapa yang diketemukan dengan orang-orang yang betul-betul ikhlas berkawan ni. J
*akulah yang bertuah tu*

Mari kita layan promo drama ni kejap.

...

Wednesday, June 15, 2011

kebosanan yang tak dapat disembunyikan lagi

Assalammualaikum w.b.t.
salam sejahtera,salam ceria,salam 1MALAYSIA~


Hye guys out there.
Entri kali ni aku sekadar nak luahkan rasa yang terbuku je. khusus buat penganggur terhormat yang ada di luar sana samalah macam aku.
Pernah tak kalian terasa hari-hari kalian seperti berulang-ulang setiap hari? Pernah tak? (apsal aku punye ayat pun da berulang-ulang ni?adehh) Thumbs up la bagi kalian-kalian yang pernah rasa macam tu,sebab aku pon tengah menghadapi situasi sebegitu.

Buat adik-adik yang masih bersekolah tapi rasa bosan dengan rutin harian tu,memang silap lah. Sebab bagi akak(perasan besar la pulak :P) rutin sekolah masih boleh dikira best. At least,kalian boleh jumpa dengan kawan-kawan,bergosip,buat homework yang hari-hari cikgu bagi. teringat pulak zaman sekolah form six dulu,memang rajin stay up siapkan homework. lepastu,rasa excited sangat nak pergi sekolah sebab nak jumpa kawan-kawan. selalu kelam kabut datang awal sebab nak copy hamework yang tak siap. kadang-kadang siap bahagikan soalan dengan kawan-kawan. sorang siapkan satu soalan,nanti esok tukar jawapan je.(jahatnya kami ni..haha)

Ok,berbalik kepada topik tadi.
Aku rasa bosan duduk kat rumah buat kerja harian ni. Pagi bangun,buat kerja rumah sikit. Memandangkan aku tinggal berdua je pagi,jadi kerja rumah siap lebih awal daripada sebelum ni. Bila dah tak ada kerja nak buat,kami bual kejap(sampai dah tak tahu nak bualkan apa lagi -_-” ). Then,start geledah finding the best CD that we have. Tapi,bila hampir separuh cerita tu ditayangkan,kami pun senyap>>apa lagi,tidur la. Sedar-sedar dah tengah hari,kena masak. Lepas masak,makan saing ibu,sambung tidur balik. Sampai kakak Tanya aku>>

Kakak    :kau tak bosan ke tiap-tiap hari makan tidur je?
Me         :kepala aku ni pun sampai dah pening asik tidur je.
Kakak    :Macam mana nak merayap kalau takde income?
Me         :ko ada cadangan ke?
Kakak    :jalan jom..
(n_n)

Bagi menghilangkan kebosanan,kami berjalan-jalan keliling JB. Memang baykan tempat best dan cantik. Sesuai sangat buat kami yang gila berposing ni. Hari berganti hari,bulan pun cepat bertukar. Bermacam tempat kami dah pergi,sampai kami terfikir ‘nak pergi mana lagi?’


Kami fikir jugak,’carilah kerja biar tak bosan+income pun dapat. Banyak nombor telefon kedai dan kilang yang ada jawatan kosong kami ambil. Siap ada yang dah isi borang,dah kena interview lagi,tinggal datang kerja je. Masalahnya,tak ada sape nak uruskan rumah nanti<<ibu cakap. Kenalah akur..betul tak?

Akhirnya,rutin harian kami kembali seperti biasa. KEMBALI BOSAN SAMPAI SUDAH TIDAK DAPAT DISEMBUNYIKAN LAGI!

>>sekarang aku dengan kakak tengah berusaha macam mana nak mula bisness yang menguntungkan dan fikirkan cara menarik untuk hilangkan kebosanan.

siapa-siapa yang ada tips,bolehlah share dengan aku. segala ilmu sangat aku hargai..:')
.  .  .

Thursday, June 9, 2011

i'm back in this blog..yeahhh :p

Salam~ J





Lama rasanya aku tak update entri blog aku ni kan. Da makin bersawang aku tengok.haha
Dah hampir seminggu lebih aku tak tulis apa-apa. Sebenarnya aku bukan nak lari,Cuma malas nak tulis apa-apa je. Yelah,tujuan asal aku buat blog ni pon,sebab kawan aku yang cadangkan. Sebagai perantara antara kami untuk sentiasa upsate apa yang jadi kat kami-kami sejak habis sekolah kan..huhu
Masa aku nak buat blog ni,kawan aku ada bagi tips jugak nak buat bagi cantik..>>credit to nell mansor..(: [here]

Tapi,sejak dua menjak ni,aku jadi malas nak ada kaitan dengan segala macam teknologi ni. Contohnya facebook,blog dan handphone. Aku berjaya jauh-jauh daripada semua benda tu,atas alas an tertentu. Tambah-tambah lagi,line streamyx kat rumah aku ada masalah sampai kami tak dapat nak bukak internet. Aku pun mula terbiasa tak pegang computer(kalau sebelum ni,pantang waktu lapang,mesti bukak fb). Kemudian,kami bercuti,balik kampong. Makin lamalah aku tak bukak blog ni. Sampai ada kawan aku yang cakap aku menyepi. Sebenarnya bukan menyepi,Cuma malas je.

Lepas tu,masa kat kampong pulak,ada cikgu Sabah bagi tips buat blog gak.>>credit to Q a.k.a Maul..hihi [here]

Mula hari tu lah aku makin bersemangat nak menaip lagi kat blog ni. Lagipun,aku terfikir apa guna buat blog,tapi tak nak taip atau update apa-apa. Betul tak?
Ok,last but not least,entri ni tak ada kena mengena langsung dengan tajuk. Aku Cuma nak bagitau kepada siapa-siapa yang follow blog aku ni,maaf sebab lama menyepi. Tu pun kalau ada yang follow lah..haha

Nota::aku nak lebih kerap tulis entri supaya blog aku ni tak sepi..hehe J)

Monday, June 6, 2011

jusco tebrau city...

salam..
hujung minggu hari tu,,(sebenarnya minggu-minggu yang lepas) aku dengan family berjalan-jalan area johor ni. punyalah nak berjalan sangat sebab kebosanan duduk kat rumah.. last2 tempat yang kitorang pilih ialah di JTC (Jusco Tebrau City).
dengar cerita,JTC tu yang terbesar tau.(aku tak tahulah terbesar kat johor ke kat malaysia. yang penting terbesar sekali. (eh,cikgu BM aku cakap,tak boleh guna imbuhan 'ter' dengan 'sekali' secara serentak..tapi kat sini,cikgu aku mesti tak baca. so,selamat lah.haha)

tak dinafikan,memang besar. kalau berhasrat nak pusing-pusing atau window shopping kat situ,lupakan jelah. sebab tempat tu banyak sangat kedai. BEST. bak kata kakak 'kalau nak rasa macam mana jalan-jalan kat midvalley atau Alamanda Putrajaya,pergi je JTC. sama ok..

kitorang window shopping dulu..sampai penat. tengok bawah ni..

seronok sangat berborak sambil berjalan.

ni ibu dan kakak yang memang gila bergaya.haha

sempat je berposing.

bila da penat window shopping,perut pun mula mendendangkan lagu untuk diisi. nak makan kat mana? 

kakak:    tak payah berat-berat sangat. kita minum-minum je.
ibu      :   secret resepi nak?
kami   :   jom!(sangat excited..)

kalau nak tau betapa excited nya kami-kami ni,tengok gambar bawah ni..haha


byla brgaya bersama kek.huhu

hamboi,sedapnya makan. capuchino tu cantik sangat sampai rasa macam tak nak usik je.haha

kakak with chocolate cake.

ibu with mango cake.

sebelum.

selepas.

memnag licin makan. sampai malam kat situ. konon-konon nak tengok Nur Kasih,tapi kat wayang berbaris panjang sangat,terus tak jadi.
bila dah kenyang,apa lagi,,balik rumah la. balik dah malam,disebabkan kesesakan lalu lintas yang tak terduga,kami lapar semula. sebelum sampai rumah,singgah makan dulu. (apasal makan je kejenya???)hahaha

kesimpulannya::: saya bangga menjadi anak Johor!! hehe ^_^