terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday # nota hari ini




#kan bagus bila kita tengah khusyuk baca buku, tiba-tiba ada orang selit nota macam ni kat buku tuh. *berangan!

nota kaki : woi,wordless wednesday mana boleh tulis apa-apa! aku punya suka lah. HAHA
nota lagi : sedang cuti 'study week'. exam fever -_-''







Saturday, May 19, 2012

Persepsi


Persepsi adalah sebuah proses saat individu mengatur dan menginterpretasikan kesan-kesan sensoris mereka guna memberikan arti bagi lingkungan mereka ,sumber-Wikipedia.

Dalam hidup ni, ada banyak perkara yang boleh ubah persepsi kita terhadap sesuatu.


. . .

Ini kisah Dahlia dan Kekwa (nama macam kembor).

Suatu hari, diorang berdua ni rancang la nak keluar. Lepak sama-sama sebab dah terlalu lama tak jumpa. Jadi Dahlia sewa la kereta dari UPM. Macam selalu, bila sewa kereta, minyak kereta sewa tu akan dibiarkan sikit. Sebab orang yang sewa kereta yang kena isi sendiri. (tak payah terangkan la,korang yang selalu sewa kereta mesti tau).

Dahlia dengan confidentnya bawa kereta tu tanpa isi minyak dulu. Sampai UM, tukar driver dengan ani pulak. Kekwa ni pulak jarang bawak kereta, jadi dia bawak je tak toleh kiri kanan. Akibat dah lama sangat tak jumpa, jadi banyak lah ye cerita yang terkumpul hendak di luahkan. Sedar-sedar dah terlepas stesen minyak.
Tiba kat satu jalan lurus ni, ani mula rasa semacam kat kereta tu. Tiba-tiba kereta makin slow, tersangkot-sangkot. Dengan perasaan yang panic, Kekwa memberhentikan kereta di tepi jalan. Jalan yang pada ketika itu sedang sesak, diorang berada di line 3 iaitu lorong kenderaan berat, jalan naik bukit. Lori banyak.(sila bayangkan)

Apa yang diorang buat? Dahlia dan Kekwa tergamam. Ketika itu, jemaah lelaki sedang bersolat Jumaat. Dah kehabisan idea nak minta tolong siapa. Diorang bertawakal kepada Allah.

Apa jadi?

Dalam 5minit lepas kejadian, ada satu tow truck lalu.
Orang lelaki towtruck 1 : kenapa kereta ni?
Dahlia : habis minyak kot.
Orang lelaki towtruck 1 : haha ingatkan rosak apa tadi.

. . .

(selepas orang lelaki towtruck 1 dan 2 berbincang)
Orang lelaki towtruck 1: kitorang tolong anta kereta ni sampai stesen minyak je la. Bahaya jalan sini. Kereta laju.
*tersenyum malu.

Lepas kereta sewa diorang dinaikkan atas towtruck tu, Dahlia dan Kekwa kena la duduk dalam kereta tu. Terasa tinggi duduk kat atas tu. HAHA

Sampai stesen minyak, selepas diisikan minyak kat kereta..

Dahlia : berapa kena cas ni bang?
Orang lelaki towtruck 2 : eh, tak payah la. Sebab hari ni hari jumaat. J
Dahlia : tak pe, abang berdua belum makan kan? Ambil lah ni. Terima kasih banyak tau. (mata berkaca tanda terharu.)
Orang lelaki towtruck 2 : sama-sama. Kalau kawan-kawan nak pakai towing lepas ni,panggil la kitorang. (sambil hulurkan kad)

. . .

Kesimpulan, dulu persepsi aku pada orang yang bawak towtruck ni, semua tak baik. Sebab aku pernah ada incident di mana orang towtruck langgar kereta yang aku bawak, lepas tu tak nak mengaku salah. Cerita kat tv pon banyak tunjuk yang ada syarikat towing ni sengaja menyebabkan kereta rosak sebab nak dapat pelanggan.

Tapi lepas kejadian kat atas ni, aku sedar yang tak semua orang jahat. Jadi, persepsi aku pada orang yang bawa towtruck ni terus berubah.

Nota kaki : aku pun tak tahu kenapa aku guna nama samaran. By the way, TERIMA KASIH TOWTRUCK YANG TOLONG KAMI SEMALAM!!

Saturday, May 12, 2012

hari untuk ibu


insyaAllah,

esok kita akan sambut hari ibu sedunia.
(ikut kalender lah.)
walaupun ada banyak anasir-anasir atau sumber yang menyatakan bahawa hari ibu tak boleh disambut, tapi, sumber tu tak dapat dibuktikan kesahihannya lagi. so, bole lah nak sambut, ye tak? hehe

apa yang pasti, sebenarnya tujuan dan niat kita kena betulkan dulu. walaupun dah ditetapkan satu tarikh Hari Ibu (iaitu hari ahad, minggu kedua, dalam bulan Mei), tak bermakna untuk kita mengingati ibu pada hari tersebut SAHAJA.


hadiah?
itu perkara kedua.
sepotong ucapan rasanya memadai buat ibu tersayang, janji ikhlas dari hati.
kalau bagi hadiah, bonus tu.
PALING PENTING,,
doa! doa! dan terus berdoa untuk mereka.


di kesempatan ini, aku nak ucap ribuan, jutaan terima kasih kepada ibu tercinta atas segalanya.
sangat besar pengorbanan ibu sepanjang membesarkanku dan adik-beradikku yang lain.
hanya doa mampu ku kirim semoga dirimu sentiasa berada di bawah perlindungan dan jagaanNya.


kami sayaaaannggg IBU selamanya!!

#mari berfikir sejenak

nota kaki : sedih tak dapat sambut hari ibu kat rumah. tapi, jauh dimata, dekat dihati kan. :')

alhamdulillah.

with love,

Tuesday, May 8, 2012

selamat hari lahir.


Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH!

Bersyukur kerana masih berpeluang bernafas di bumi ini.

Bila tiba bulan Mei ni, usia aku makin meningkat. Aku sedar, semakin meningkat usia, makan semakin jugalah kita menghampiri kematian. Ye, kematian tidak mengira umur.

Apa yang aku harapkan sempena kelahiran aku tahun ni ialah peralihan negative charge into positive charge. Faham tak? Ayat ni rasanya bombastik sangat sampai susah nak faham. Haha

Sebenarnya aku nak bagitahu yang aku mengharapkan beberapa perubahan dalam diri aku ni. Walau tidak berlaku secara drastik, sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit, insyaAllah.