terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Monday, February 21, 2011

Apa pula lepas ni?? ~

Semalam merupakan hari yang sangat panjang buat aku..kenapa?pada yang follow entri aku yang lepas2,mesti dah tau kenapa kan..aku memang tak tidur malam tadi..3pagi baru terlelap,itupun setiap jam aku bangun..dari JB gerak 9pagi..lalu highway,singgah STARP..lalu Inas sampai lah BT..sedang bersarapan kat pasar,acik call..acik kena menggantikan pengetua ambil hadiah kat MPC JB..dia suruh datang 12tgh hari..(padahal typhoon cakap,11pagi kena datang)..hu3 so,kitorang pun pusing2 kat BT..pergi sekolah la,klinik la..ha3
12 tgh hari,sampai SMK Bandar Tenggara. Aku dah mula nampak kawan2 aku ada yang kat dewan,kat luar sekolah..aku yang sedang memandu,serasa tak nak turun dari kereta. Lepas tu mula la aku membebel sorang2 sampai ibu cakap "yang ko gelabah sangat ni kenapa?"ha3
Bila kaki dah melangkah ke dalam dewan,memang tak terkata..dengar pengetua berucap(tak dengar pon sebenarnya)..bila pengetua umumkan pelajar terbaik,,tak tahu nak cakap apa.. ALHAMDULILLAH..terima kasih Ya Allah! Aku da 3.5,walaupun mula2 macam tak ada harapan sebab nama aku disebut yang terakhir..kemudian apabila Mama Filah sebut nama pelajar terbaik yang tadi untuk naik ke pentas ambil hadiah,aku sangat2 teharu.. sangat bersyukur kerana kedua ibu bapa aku datang sama2 merasai kegembiraan ini..akhirnya air mata yang kutahan sejak pagi tadi,jatuh juga...

di atas pentas
Bagi siapa2 yang kenal aku,mesti lebih faham kenapa aku boleh sampai menitiskan air mata.. how hard for me to face all the sadness during my exam...mujur lah ada ramai orang yang sentiasa sokong aku..memang tak terbalas rasanya untuk membalas jasa kalian..
My family: ibu, ayah, kakak, bella, naim, atok. My besties: nell, radin, myda, ekin, sashi. My mama: mama Hafilah, mama Zulaikha, cikgu Zahiah, umi Aziah, dan semua cikgu tingkatan 6.. and the only one:?? Thank you for everything..juga buat rakan2 seperjuangan ku..aku pasti tak kan boleh lupakan kalian.. inila lagu yang paling sesuai buat kalian yang sentiasa menyokong aku..






SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Buat nell,myda,radin..aku sangat bangga dengan korang.. nell, jgn risau sgt pasal result tu..bak kata ibu,itu sekadar nombor..lepas ni yang akan tentukan semuanya.. myda, aku sentiasa sokong apa sahaja yang kau buat..asalkan benda tu boleh membahagiakn kau..walaupun aku masih berharap yang kau akan berusaha untuk sambung belajar lepas ni.. radin, jangan dikenang kertas syariah,kita semua tahu apa yang berlaku kan.. bukan salah ko dapat macam tu,tapi mesti ada hikmah.. mungkin penyengat tu bawa tuah 1hari nanti.. (teringat peristiwa tu pulak..) *berangan jap*
aku dan Su..terer la kwn aq sowg neyh..

my Besties!! radin n myda..+ ekin,nell n sashi

cikgu zahiah!!
bersama family+pengetua


Aku pun tak pasti balik pukul berapa semalam sebab terasa macam teramat rindu pada sekolah.macam nak tidur je kat sekolah tu..hahaha sebelum balik sempat jumpa ustaz..ustaz terkejut yang amat bila tengok slip aku..dia cakap sepatutnya markah kertas2 aku,B bukan C..ustaz suruh aku sbuat semakan,tapi aku tak pasti la...hu3 aku balik dengan radin,ayah dah tunggu kat kedai handset..(i wonder..) aku rasa macam sedang bermimpi..ayah bagi hadiah handset..setelah beberapa tahun aku tahan untuk tidak begitu berminat menggunakan handset, inilah ganjarannya..terima kasih ayah! Terima kasih ibu! Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kegembiraan ini kepadaku walaupun mungkin seketika cuma..
Sebelum balik,kami singgah dulu di rumah cik ana..dia baru balik dari JB.. sambil makan jempot2,kitorang borak2 pasal STPM..hurmm...rasa macam dah lama tak jumpa acik..he2 acik cakap,masa penyampaian anugerah,boleh dikira pelajar melayu..yang ada lebih 2/3 kat dewan adalah pelajar Cina...bila dengar apa yang acik cakap,baru aku percaya,,memang cikgu mainkan peranan yang sangat besar..budak2 yang sakitkan hati cikgu,memang tak ke mana..budak yang meniru,macam tu jugak keputusan diorang..macam aku ni,syariah dapat B-..bila fikir balik,mana tak nye,asik ngumpat pasal ’akaq’ n ustaz je..ni la padahnya..,(jangan tiru macam aku)~ dah penat berborak sampai licin pinggan tu,baru kitorang gerak balik..hantar Radin kat sayong,solat kat rumah dia,baru lah balik rumah..memang penat sangat..tapi,aku macam tak boleh tidur sebab masih berada di awangan..macam mimpi je semua benda yang terjadi hari ni..
Dalam banyak2 benda aku buat,aku terlupa 1perkara penting... aku tak telefon KAKAK pon!!adus..kakak dah merajuk..macam mana ni?hu3
Lepas ini,akan lebih banyak perubahan.. aku dah kena mula berfikir hala tuju selepas ini..masih meminati bidang undang2..tapi peluanglebih cerah kalau aku ambil pendidikan..sama macam kakak?memang tak boleh lari la...dari dulu sampai sekarang aku memang ikut jejak kakak..silap2 lepasni aku jadi roomate kakak pulak..aduss..hahaha tapi,muka aku ni,boleh ke jadi cikgu? *sigh*
Dalam gembira,,ada sedih jugak..kepada sayangku,,tahniah buat kamu..walau apapun jadi,aku bangga dengan kamu...ahaks :’)
Nampaknya sampai sini jela yang mampu aku tulis..kalau nak ikutkan,memang banyak lagi nak bagitau..tapi,di lain entri mungkin..he2 seminggu ni aku akan sibuk yang amat sangat sebab perlu menguruskan adik..so,jangan la rindu kat aku ye..ahaks.. ibu akan berkursus di KL..good luck untuk ibu.. p/s utk adik2:jgn nak nakal2..t aku rotan je korang..hahaha
Ok,gtg.. love you!

Saturday, February 19, 2011

Bersyukur atas segalanya...

Sekarang aku sedang menghitung hari,,detik demi detik (alamak,tenyanyi pulak..hahaha) ~ Debaran semakin terasa sebab esok aku akan mengambil keputusan STPM di sekolah.. perasan aku sekarang?hah,sangat berkecamuk..aku pon tak faham..secara jujurnya dari hari jumaat aku menangis sampai mata da sembam..lepas tu,bertambah bengang bila kakak dan ibu dan acik dah tau dulu result aku.. (weyh,tak surprise la!!) hari sabtu tu,aku menangis dalam kereta lepas ikut hantar bella dan Im,menangis tak berheti..(padahal ibu kat sebelah..memang tak boleh tahan,aku pon tak tau kenapa).. aku terus text radin,dia pon risau..hrmm..
Rupanya ibu nampak aku menagis..mula2 ibu diam je(bagi aku nangis puas2 dulu kot..)lepas isi minyak kereta,ibu terus cakap ’makan kat kedai yuk’..aku ikut je sebab memang tak ada perasan..masa dalam kereta,ibu cakap slow2 dengan aku..kata ibu ’tak kisahla dik dapat berapa pon nanti..ibu tetap bangga dengan adik..ibu tak harapkan banyak2 pon..yang penting kita dah usaha,dah berdoa,dan ini yang terbaik untuk adik..cubba tengok kakak,dia dapat 3.5,kawan2 dia ramai dapat 3.9 ngan 4.0,tapi diorang tetap satu kelas dengan kakak kan..nanti dah masuk U,tak ada orang nak tanya ko dapat berapa..ibu tau,ko mesti tension sebab nanti ramai yang tanya result ko..tapi ”ada aku kesah??”..hahaha dah2 jangan nak menangis lagi..kita kena bersyukur dengan apa yang kita dapat..dah,,jom..hari ni kita cari baju baru..kan ko nak naik pentas isnin ni..(what??) ’ *hrmm..

Aku sangat bersyukur sebab dapat ibu macam ibu..lega sikit hati aku ni..tak kisah la apa orang nak cakap..aku dah biasa rasa di atas dan di bawah..jadi, ’apa aku kisah?’hu3
Kepada rakan2 yang suka buat aku dan kawan2 aku tension,suadah2 la ye..hu3 dan kepada rakan2..aku sangat bangga dengan korang...
p/s:bila kita sedia terima ketentuan Illahi,itu bermakna kita hamba yang bersyukur..insya Allah...
sayang korang!!!

Monday, February 14, 2011

kursus kepimpinan belia berintegrasi...desaru~

masa: 3hari 2malam
tempat: kem rakan muda cawangan air& udara di desaru..

jumaat pergi pagi dari sekolah..aku stay umah ekin kt inas malam tu sebab tak ada siapa nak hantar aku pagi2...3pagi baru dapat tidur sebab borak pasal adik dengan akak..(adik dah kerja dan nampaknya dia selalu datang kedai sashi dengan pakwe dia..)hahaha sampai sek aku terlambat,tapi masih ada yang lagi lambat..hahaha gerak 10pagi..tengah dalam perjalanan,aku dan ekin rasa 'sangat tak tahan'..tapi drebar bas tu,blagak gila ckp'bas ni non stop sampai desaru,tak  boleh berhenti'.. gila jauh nak kena tahan..aduss
sampai 11lebih...bla..bla..bla(biasa2 je)
tempat dia sangat ok!!cantik sebab kami adalah peserta pertama yang buat aktiviti kat situ..hehe

aku buat pembentangan ni...

2petang program bermula...macam biasa la..ice breaking..tapi memang best..main gunting2,,tampal2,,macam budak kecik..hahaha lepastu,kena buat pembentangan..tiba2 ayah(panggilan bagi ketua kat situ) sebut nama aku..bengang gak la..tapi buat selamba bentang tah pape..ekin tolong aku pegang kertas majong..pastu ibu boleh pulak cakap yang aku dengan ekin ni kembar..sama ke???(sangat pelik..sebab dulu ada orang mengaku muka macam ekin->akak la)haha petang tu kami belajar zapin asas dengan ragam2..aku ni dah la kayu..boleh ke??
malam tu ada lagi aktiviti..paling tak boleh lupa,kena beratur berlima..pastu mengadap kumpulan lain..budak depan sekali kena tarik budak depan dari kumpulan lain..kami letak sashi paling depan,tau ape jadi?kumpulan yang depan(budak2 kecik) semua kebelakang tak nak pergi depa..kenapa?sebab takot tengok sashi la..hahaha kami beratur dah macam ulat bulu sebab sashi pakai baju kuning,kami(aku,ekin,falha dan halijah) pakai baju hijau..comel kot..hahaha lepas game tu semua,kami diberi kumpulan..aku dapat kumpulan 'katak'..sashi jadi monyet..ekin itik..hahaha lepas game,kena pilih penghulu dan penghuluwati(macam biasa la dekat kem kan)..ada 2orang budak laki dapat sebab undian terbanyak..budak smk tun habab..memang mereka paling ramai kat situ..huhu lepastu kem komandan suruh budak perempuan yang sukarela nak jadi penghuluwati pulak..tak de siapa yang bangun..tapi yang aku tak fahammereka tengok aku..nabila,aswad,santha,kong,ekin semua tengok aku suruh pergi depan..orang tu nampak,lepastu suruh aku bangun..terus lantik dak jadi penghuluwati sukarela dan bagi ucapan merepek..hahaha malam tu,sebelum tidur,aku sempat latih zapin kejap..hahaha

sabtu,,
pagi tu,kami belajar lagi tarian zapin..lepastu ada tugasan kena rekabentuk zapin dalam kumpulan..lawan 5petang nanti..(lawan??gila ke?aku tak pandai zapin la...)huhu lepas tu ada ceramah..best sangat sebab ada macam2 aktiviti..kena sketsa la..menyanyi la..cakap bahasa inggeris la..siap hafal sifir 16 lagi..haha petang tu ada lagi ceramah tapi kami lambat..tiba2 ayah marah dan keluar dari dewan..aku dengan penghulu berlari la kejar untuk pujuk ayah (teringat macam kat sek dulu)..tapi kami kena tangking!!aduss..pe nak buat???hu3 lepas pujukbaru ayah masuk..hrmmm
malam tu ada program lagi..ceramah..dan...malam nagis2..(muhasabah diri la...)dia pasang lagu2 sedih..tapi yang lawak..dia suruh pejam mata,lepastu dia baca sajak..sashi boleh tertidur..
ish3..padahal aku pon ikut tidur jugak..hahaha) lepas salam2..aku menangis betul2 bila salam dengan ekin..tiba2 aku dan ekin teringat kawan2kami yang tak dapat join sebab kerja..memang sedih sangat..alangkah bagusnya kalau nell,radin ngn midah dapat ikut kem tu..mesti + + + meriah..T_T

ahad,,
kami ada program khidmat masyarakat kat sek sains kota tinggi..kena kemas2,lap tingkap,sapu lantai..hu3

sashi tu penat sangat..tak menyempat2 nak minum air..ha3

gila kan kami..dah macam pengintip je terhendap2 kat tingkap..hahaha

balik,tukar baju kurung,terus majlis perasmian penutup..kami berzapin lagi..sangat cantik berbaju kurung tapi tak dapat gambar la..huhu 2.30 petang baru balik..tak dapat pergi laut(sashi yg nak sangat gi laut..)tapi kami puas bergambar la..hahaha tak percaya?tengok la gambar kami yang gila2 ni..



balik dah lambat,,tak sempat tengok kakak mida kawen..erm. ..aku duduk rumah ekin kejap..petang tu jalan2 naik motor keliling inas..malam baru balik..yang pasti aku teramat penat...bila suruh aku ajar add math..aku dapat tolong 2,3 soalan je..yang lain mata aku dah tak dapat diselamatkan lagi...hahaha

nanti bulan4 kot,ada lagi program camping..dan kali ni aku sangat...sangat...sangat berharap geng aku dapat pergi...really miss you all!!!

k,take care...love you!!

Tuesday, February 8, 2011

Jalan-jalan yang memenatkan…

08 Feb 2011,, hari ni ada perjumpaan kat sekolah pasal perkhemahan jumaat ni..mula2 aku tak dapatla nak pergi,tp tiba2 kong cakap yang dia bule datang amek aku sebab dia ada kat sini…so,pagi2 aku ditemani adik3 (dia tak sekolah sebab tak sihat),kemas2 rumah dan buat semua kerja rumah sampai selesai.. hari ni special sikt sebab aku masak ‘nasi ayam’(my favourite)..sedap ke?weyh,aku masak mestilah sdap…(saje sedapkan hati…)hehe
Petang tu aku siap2 ikut plan asal..tiba2 plan asal da lari sebab ibu ada meeting…kena pusing2 sampai kepenatan…sangat tension sebab terlepas cerita ‘thank you’ tv3 last episode…hrm…
Kong sampai da pukul 3lebih…aku tunggu dalam kereta dah nak terbakar macam kena salai,baru dia sampai…pastu aku naik kereta dengan dia gi BT..jalan jem,,Masya-Allah…teramat la lama… taklimat dah start tapi kami masih dalam kereta…sampai sekolah dah 4petang..nasib baik sempat… bole pulak mereka mahu gossip kan aku dengan kong??owh..please!! (gila ke??)
Taklimat habis 5petang..macam2 perkara jadi(nak cerita t sampai esok tak habis menaip).. aku agak gembira la jugak walaupon mulut cakap tak suka…erm…(tak nak cakap sal tu..) :(
Kami lepak kat kedai macha…dapat minum iceblended free!! (terima kasih pada macha)hahaha pastu pergi t6 umah myd…sebab kami tak dapat datang jemputan ahad ni..at least,datang jugak walaupon terlalu awal..hahaha dapat amek2 gambar…lepas jugak rindu kat dia..hehe
Balik kong hanta..tapi singgah TJmart..solat maghrib jap..dia jumpa member dia(siapa ntah..aku tak join pon)..mood tak berapa baik sebab sangat…sangat…keletihan…(padahal duduk dalam kereta je..agaknya kalau dapat keluar dengan ‘dak kecik’,,mesti tak penat macam ni kn..tp sebab keluar dengan member je,,aduss…) sampai rumah dah malam,sangat penat…tak tahu kenapa,,tapi aku rasa macam tak best pulak..sebab kong tu….pelik kot…ish…tak suka la..huhu
Sekarang aku Cuma terfikir nak tidur..esok dah kena packing barang nak pergi perkhemahan kat Desaru..(aku sangat berharap abangku pergi..at least ada geng dalam group ‘katak’)..hahaha
K,gtg.. love you!! ;)

Saturday, February 5, 2011

what should i do??

Unexpected situation! I’m really in a BIG trouble…
Kawan bule berubah jadi kekasih ke?aku tak pernah percaya semua tu..tapi kadang2 betul kata orang ‘lelaki dengan perempuan memang tak bule berkawan baik,,t mesti jadi lain’.. ceritanya; aku berkawan baik dengan seseorang ni(my own classmate)..kira sekarang ni,dialah yang paling rapat dengan aku..(di ketika aku ‘single’) dan budak kecik tu sangat dikenali ramai dengan jenakanya..(yang memang selalu buat aku ketawa)..setakat bergurau dengan dia,aku tak pernah langsung ambil serius..tapi,,bila lame2 aku mcm dapat rasa sesuatu,yang dia mungkin simpan perasaan kat aku,,(oh no!!!) ni bukan nak perasaan,tapi da banyak kali..aduss….aku dah tak tahu macam ne nak elak lagi…but I’m really sure about my feeling towards him..he’s only my friend..

Aku dah buntu..tak tau nak Tanya pada siapa lagi..tak nak orang salah anggap…

Pesanan untuk kamu:kita berkawan..aku memang senang dengan sikap kau yang peramah,lawak dan sangat menghiburkan terutamanya bila aku dalam kesedihan…but,,that’s all,,maaf jika layanan baik aku selama ni buat kau salah anggap.aku tak nak pesahabatan kita terputus macam yang pernah jadi antara aku dan ‘kawan’ kau dulu..salah aku ke baik dengan kau?aku Cuma bergurau…tiada yang lebih dalam persahabatan kita ni..harap kau faham la ye…

Hrmm…aku harap sangat aku takkan terus berada dalam dilemma macam ni…mungkin aku perlu jauhkan diri dari kau buat seketika…tapi,,macam mana aku nak bagitau?serba salah..hu3

Thursday, February 3, 2011

Hari-hari cutiku~~ (2)

31 Januari 2011, Isnin
Bagi memenuhi hari2 cuti,kami terus merancang program ‘jalan2’..walaupun air kat bilik air tu da macam air batu(sebab hujan tak berhenti dari semalam)..memandangkan ibu dah pun ambil cuti,jd kami pergi ke Kulai..ibu ada keja,jd kami menghabiskan masa di IOI Mall,Bdr Putra..take away pizzahut+window shopping..(makan lagi?!)ahaks

gambo di Bowling,IOI Mall..
Balik rumah,hidang pizza+budu(menu apa ni?aku pon tak paham..ha2)tp tetap berselera sangat2..hak3 lagipun kami dah lama tak makan masakan ibu/kakak..selalunya aku yang masak(mesti tak sedap+tak habis..sangat bengang)
Hidup aku sekarang bangun tidur+makan+mandi+sidai baju+tidur balik..aduss….
1 Februari 2011, Selasa
Kami di rumah je.. masing2 duduk je tengok tv,,keboringan..kebosanan..tapi,,tibe2 ibu cakap,’jom siap,kite balik kampong!’ (dengan muka tercengang)kami terus bersiap..kemas2 beg dalam 2hari la..kakak yang bawak kereta balik muar..ibu call acik,,acik cakap jalan kampong da tenggelam (ayat hiperbola gile). Kitorg redah je..sampai dah malam..bule sesat lak sampai ke Melaka,padahal balik kampong je..hahaha
2 Februari 2011, Rabu
Bangun awal pagi (maklumlah,kat rumah rumah orang).. sarapan banyak sangat sbb acik berniaga kedai sayur,pagi2 mmg banyak sangat makanan utk sarapan..sedap dan berselera sangat..(makan lagi..adoiii)
Lepas tu,kami tgk tv(tak tau nk buat ape,,sbb acik sibuk berniaga..)lepas tu,acik bawak barang2 makanan dapur,minta tolong kami..kami tolong packing2 barang..walaupun penat,tetap SYOK meyh! Petang tu,kakak ada appointment dengan penyajak ‘Ruzaini’.kitorg jumpa kat Marina Resort,dekat2 dgn tanjung..tiba2 teringat peristiwa kakak jatuh laut! syok sgt bergambar sampai tergelincir..itula orang cakap,tempat jatuh lagi dikenang..(malas crita banyak pasal ni)..hahaha
Sebelum jumpa penyajak tu,kami dah berfikir macam2 yang buruk..contohnya,,penyajak tu mesti garang..ntah2 nanti dia Tanya pasal sajak dy..(tu yang sampai pening pale aku dengar dia terjerit baca sajak kat umah tu..hahaha) tapi,,sangkaan kami semuanya meleset,,rupanya penyajak tu baik tau..dia belanja kami minum petang..borak2 dengan dia santai je..takde la teruk mane pon..huhu
Lepas bergambar(ni benda wajib,,sebagai bukti..ahaks) ,,kami balik rumah acik nak ambik adik kat rumah acik..kami terus balik rumah JB..malam baru sampai rumah..walaupun orang cakap tahun baru cina mesti jem teruk..tp rupanya tak la..ok je jalan ni..naik highway PLUS..(sambil dihiburkan dengan peristiwa potong-memotong..hahaha) sampai rumah kepenatan..tp lain sikit sbb malam ni kami tidur sambil dialunkan dengan bunyi mercun(maklumlah,tahun baru cina..semua tengah makan besar kot..he2)..
G.t.g…love you.com! ;-)

Wednesday, February 2, 2011

Hari-hari cutiku~~ (1)

29 Januari 2011, Sabtu
Hari ni dah mula brcuti smpena ‘thn baru cina’. Aku kena bangun awal pagi(walaupon katil masih memanggil2 supaya aku sambung tidur)..ha3 kami sume bersiap2 terus gerak pergi Kulai.. pagi ni ibu ada program kat SK Kota Kulai,,bg ceramah ‘keibubapaan’..tp,,apa kaitan kami adik beradik ikot?hrmm..saje mnyebokkn diri kat situ..ahaks..sampai sek tu dlm pukul9pagi..tp ada program lain tgh bjln,,so,,kami terpaksa tunggu dlm kereta(sampai tertidur)..11lebih baru ibu time ibu..aku keje tukang ‘klik..klik..’ powerpoint..tolong jgk kn..hahaha tengah hari tu,lps mkn terus gerak balik jb dengan cuaca yg tiba2 je hujan..(mmg musim hujan pon..lebat gle+jem trok kt highway)
Sampai je jb,kami terus gi larkin amek kakak (baru blik brcuti dr UPM)..kakak ni pon 1hal..ckp smpai lmbat lg,,tup2 da smpai awal..konon2 nk surpise la..da xpasal2 kena tunggu kt terminal larkin sbb kami tak sampai2 jb lagi..ahaks…
30 Januari 2011, Ahad
Malas sgt nk bangun awal pg ni(seperti biasa la)..ha3 tp bangun jgk..lepas breakfast,ibu+kakak gi pasar..kami di rumah,,kemas2 n rehat2..arini kerja aku mula lg mcm selalunya..ahad je aku jd guru matematik kpd Hafiz Irsyad Hasidi..(padahal da berapa tahun aku tak belajar matematik)..huhu
Makan besar hari ni..kakak memperkenalkn kami dengan ‘budu’..(ni la padahnya da berkawan dgn orang Kelantan+Terengganu+Perak..tu mcm2 mkanan baru die cuba)masa tengah hari makan macam tak ingat dunia…bertambah2..hujan dah berhenti pon,kami masih di meja makan..(habisla naik kg pasni..cnfirm!!) dah lama aku tak makan dengan berselera macam ni..

kalau tak percaya,,tengok la ni..sape yang bule tahan kn?aduss...

 menu utama:ulam+budu,,udang sambal+ikan kicap+sambal goreng..
ni yang paling tak tahan..huhu

Hari ni aku sebenarnya agak sedih sbb,,tak dapat menghadiri jemputan perkahminan kawan aku di Kulai..dah lame rancang nak pergi sana sbb dah lame gile tak jumpa mereka2 semua(member form5).. salah seorang kawan kami telah berkahwin!!(dude!!awal gila kahwin..aku ni jodoh pon tak ada lagi..sigh)

that's it..k,love you.com!!

AHLI BARU…


Hyep..i’m new here..
Aku baru je buat blog ni..dan aku gelarkn diri sbgai Naddy(itu nama panggilan aku ler)..macam mane sy boleh tgerak hati nk buat blog ni?hrmm…sbenarnya da lama sy bmimpi dan berangan untuk buat blog..harapan sy supaya sy dpt bkongsi ssuatu dgn org lain mngenai apa jua yg tercatat..sampai la suatu hari dimana ada member cadangkn supaya kami buat blog.motifnya?masing2 sibuk dgn tugasan masing2 sama ada bekerja,atau menjadi penganggur terhormat (aku la tu)..hahaha jd,sdikit sbanyak kami masih bhubung melalui blog..betul x?he2

special 4 u guys..
sejarah terciptanya blog yg indah ini..
Tak nak cerita byk..bia dringkaskn je..crita bmula pada 21/01/2011..bila aku dan bberapa org rakan telah pergi bjalan2 di CS,JB..he2 ntah mcmne,,kami tlh tgerak hati utk borak pasal blog ni la..ada yang dah ada blog.jd utk tdk merasa ketinggalan,aku pon buat..jd tcipta lah sejarah,,pada 25/01/2011 telah secara rasminya blog ini terhasil..belum menarik sbb masih baru..bak kata org dulu,’buah cempedak diluar pagar,ambil jalah tolong jolokkn,sy budak bru blajar,kalau salah tolong tunjukkn..’(ayat memang xbule bla)ehehehe

Harapan: semoga ramai yg bg tunjuk ajar dan follow my blog..he2 J