terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Friday, March 22, 2013

kau dan cermin

Assalammualaikum

hmmmm

Kutuk sana, kutuk sini. Benci sana benci sini.
Apalah salahnya kalau kau cuba bawa bertenang. Ya, aku sedang bercakap tentang kau.

Emm.

Tapi bila fikir semula, aku ada banyak lagi benda yang lebih penting.
Berbanding fikirkan kebencian kau pada aku.

Merugikan masa aku barangkali.

Aku cuma nak sampaikan pesanan, jika kau baca post ini. Mungkin.

Dear hatters,
Aku rasa kalian punya terlebih masa dalam sehari sampai mampu ikuti semua cerita tentang aku.
Kerana aku lihat kau sentiasa berusaha menambah sakit yang ada ada aku.
Tapi, kau tak Berjaya. Betul.
Kerana apa? kerana aku ada Allah yang selalu menjaga diri ini. Setiap masa.

Fikir sejenak.

Saban hari, kita sibuk melihat keburukan orang lain.
Sehingga tak sedar pon ada kain yang tercarik pada pakaian sendiri.

Kita sering lupa siapa sebenarnya yang mengaturkan semua ini.

Allah. 
Perancangan kita mungkin baik. Tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik.

Anggaplah seolah olah  kita sebenarnya sedang bercakap di hadapan CERMIN.
Yang mana apa yang kita ungkapkan itu berbalik semula pada diri kita.

Refleksi diri.

Bukan untuk kau saja, tapi juga untuk aku yang lebih AULA.

*nota : orang benci tanda dia ingat kita. alhamdulillah


Langkah kanan #2


Aku bersama roommate, berjalan. Lepas stress katanya.

Niat nak merayap ke satu shopping mall yang agak femes kat sini.

Masalahnya, kami dua dua tak pernah pergi sana sendiri. Aku pernah datang bersama orang yang memandu kereta. Naik keta,dah sampai. Tak tahu jalan pon.

Roommate aku, apatah lagi. Jejak sana pon tak pernah.

Jadi, kami nekad untuk redah je.

Jalan dengan penuh yakin. malangnya, sampai di satu simpang, kami buntu nak ke kiri atau kanan.

Tiba-tiba terserempak rakan sama kolej. Senior.
Sebelum membantu, mereka gelak dulu sebab kami tak pernah ke sana.
Sedangkan budak um mesti selalu pegi situ.
Kata mereka lah.

Sampai mall tu, kakak senior tadi offer nak belanja makan.
Duit JPA baru masuk katanya.
Alhamdulillah. Rezeki.

Kenyang. Sedap mee kari tu.
Semoga sentiasa murah rezeki ye akak berdua.
Dan semoga cepat cepat beroleh zuriat. n_n

*nota : rezeki dating dari tempat yang tak disangka sangka. Ucap syukur sentiasa.

Langkah kanan #1


Semalam aku balik awal dari kelas, lapar. Terus text seorang sahabat ni

‘makan jom’
‘Mana’
‘12th la’
‘jap aku mandi’

Aku pon amik keputusan naik bilik, letak beg, tidur kejap. (tengahari sebelum zuhur sunat tidur. Hehe)
Tak lama dapat mesej,

‘jom’
‘jap tunggu lif’
‘nak aku belanja, cepat’
‘oke aku lari ni’

Rezeki harini. Padahal cume ajak dia teman makan je.

Tak sangka makan free. Indahnya dunia. Haha

*nota: aku suka cara kami berbual. Ringkas, tapi maksud tetap sampai.
Komunikasi berkesan. syabass

gelak

Assalammualaikum

hari tu, belajar dalam kelas komunikasi.

Pensyarah kami perempuan. Dia mengajar memang best.
Topic pon seronok. Boleh bawa berbincang.

Tapi, mungkin masa tak sesuai. Kot. (masa jugak yang disalahkan.)

Kelas petang, menyebabkan semua mengantuk. Serius,aku pon ngantuk.

Bila mengantuk mula la fikir benda lain. Luar dari kotak fikiran.

Semua senyap.
Tiba-tiba.
Tanpa sedar sorang kawan (duduk betul-betul belakang aku), cakap dengan kawan sebelah.

‘balik ni nak makan nasik kukus semalam tu lagi lah.’
Suara sedikit kuat. Agak lahh.

Semua mata tertumpu pada budak tu.

Gelak. Hilang ngantuk aku tahan gelak. Haha

Pengajaran: kalau ngantuk,buat lah lawak. Dengan suara yang kuat. haha