terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Tuesday, October 30, 2012

wordless wednesday # hijab




#berhijab lah kerana Allah SWT.  ^^,

cinta pertama?




*sekadar perkongsian ringan

orang kata, susah nak lupa first love. dikenang2 remaja dalam diari hati.
Tanya diri, siapa sebenarnya cinta pertama kita??

'Alastu birabbikum (bukankah Aku Tuhanmu?) Al-A'raf ayat 172.
"Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi."

Tapi Dia, kita lupa lagi., lagi dan lagi. jiwa muda itu terkenang2 kan makhluk melebihi Tuhannya.

Allahu Rabbi. :'(

ingatlah sahabat. cinta itu milik Allah.
seandainya dirimu tidak memiliki sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki. 
jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta.
jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta.

:)

nota kaki : Ada sesetengah masalah yang kita hadapi tidak dapat dikongsikan dengan orang lain...Tetapi kita boleh berkongsi semua masalah yang kita hadapi dengan ALLAH s.w.t..

Sunday, October 7, 2012

Pertama kali

Assalammualaikum


Ini suatu kisah PERTAMA KALI yang cannot go!

Pertama kali tak bawak kad matrik keluar kawasan universiti, masa nak balik tiba-tiba pakcik guard tahan kereta suruh tunjuk kad matrik. Lepas tu terus bawa kad matrik ke mana sahaja (kecuali tandas) tapi tak pernah kena tahan dengan pakcik guard.

Pertama kali nak datang kelas lambat dan waktu itulah lecturer perli atau tanya sebab lambat sedangkan sebelum ni tak pernah kesah siapa datang lambat. Lagi seronok bila semua orang waktu tu jugak datang awal. Lepastu jadi serik selalu datang kelas awal, tapi tak pernah pulak nampak orang lain kena marah sebab datang lambat.

Pertama kali meniru dalam exam. Waktu tu lah cikgu nampak dan kena tahan. Selama ni bebudak lain selamber je meniru tak pernah kantoi.


Konklusi : Jangan buat perkara jahat walau pon SEKALI!!
*sorry merepek.stress assignment ==' 


Wednesday, October 3, 2012

setiap hari

Lagu Shahir ‘Aku Yang Berdosa’
(alarm tone)
Bangun untuk solat Subuh
Jerang air untuk bancuh nestum
Bergolek-golek ke sisi katil semula
Memilih baju untuk dipakai
Bergerak membersihkan diri
Iron baju
Campak barang masuk beg
Tempek sedikit bedak di muka
Meneguk secawan nestum dengan harapan mampu memberi tenaga yang cukup sepanjang hari
Capai kad bas, handphone,kunci bilik
Turun lif, tunggu bas, kadangkala perlu mengejar bas
Masuk kelas cari tempat duduk hadapan
Catat sedikit nota
Petang balik semula ke bilik
Berangan 
*Memikirkan apa yang telah aku perbuat hari ini.
Catat sedikit nota untuk ditampal di papan depan meja
Tertidur di sisi katil
Aktiviti malam hari sentiasa berubah dan menggembirakan
Aktiviti yang berulang-ulang selepas itu

#aku tidak berasa bosan kerana disebalik semua ini aku yakin aturan-Nya cukup indah