terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Thursday, September 29, 2011

Minggu Keluarga Bestari

Assalammualaikum

Alhamdulillah,aku masih bernafas sehingga ke hari ini. =)

Aku nak bercerita tentang salah satu aktiviti di kolej kediaman aku. Sebenarnya aktiviti ni seminggu dan berlangsung sepanjang malam (sebab pagi dengan petang semua sibuk kuliah).

Secara jujurnya,aku memang malas gila nak pergi tau,tapi bila lagi nak join benda macam ni kan? Mula-mula je macam tak best,sebab kena tidur lambat,padahal esok kelas pagi. Bila dah 2hari,best woo..haha

Salah satu aktiviti yang aku suka,aktiviti menghias papa dan mama.

Sunday, September 25, 2011

hari interaksi super junior bersama super senior!

Assalammualaikum

Mula-mula sekali,jangan salah faham dengan tajuk entri aku ni tau. Entri kali ni takde kaitan langsung dengan kumpulan korea, SUPER JUNIOR.

Tapi aku nak cerita pasal JSP (Jabatan Syariah dan Pengurusan) ada menganjurkan satu program interaksi bersama super junior dan super senior JSP kami. Program ni boleh dikatakan macam orientasi jugak lah. Tapi sehari je.


Memandangkan hari Jumaat adalah hari yang kami tiada kelas,jadi senior telah memilih hari tersebut untuk dibuat interaksi ini. Memang ramai mengeluh sebab masing-masing nak rehat kat bilik dan ada yang balik kampong. Aku pun mengeluh jugak la sebab kena bangun awal pagi. -_-‘’

"Pencarian Header Blog Paling Sempoi & Kreatif 2011"

Assalammualaikum..

Hye semua kengkawan! hehe



Nampak tak gambar kat atas ni?

Hari ini dengan tak semena-mena,aku nak join satu contest ni. Masa aku tengah jelajah facebook tadi,aku terjumpa lah satu mamat ni yang post suruh masuk pertandingan header blog. Walaupun aku masih terlalu baru dalam dunia blogger ni,tapi tak salah pun kalau aku nak cuba kan.

Syarat pertandingan agak simple dan senang kacang goreng je. Rugi pulak kalau tak join. Kalau kalah,bukan rugi apapun kan..hehe

Jadi,kepada siapa-siapa yang tertarik nak join the club,jom usha LINK INI

Lepas tu,boleh lah baca syarat-syarat pertandingaan dan semua maklumat kat sana.

Apa tunggu lagi?


ini header blog aku =)




...

Ok,itu saja.

Daa~


Tuesday, September 20, 2011

aku bukan penakot!

Assalammualaikum

Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih bernafas hingga ke hari ini.. ALHAMDULILLAH


Minggu lepas merupakan minggu pertama kami (mahasiswa tahun pertama) memulakan kuliah. Aku rasa sangat teruja dan bersemangat nak masuk kuliah. Berita baiknya,roommate aku belajar di fakulti yang sama iaitu Akademi Pengajian Islam atau kat sini lebih terkenal dengan panggilan API. Jadi,tiap-tiap pagi aku dah ada geng naik bas sama-sama,sarapan sama-sama,jalan kaki sama-sama,panjat tangga sama-sama,beli buku sama-sama,dan kena tinggal bas sama-sama..-_-‘

Lagi satu berita baik,kelas aku isnin sampai khamis je. Jadi,jumaat aku boleh ‘meronggeng’ atau merayap la. Sangat seronok!hahaha

Baru seminggu kuliah,aku dah berkobar-kobar nak balik.

Friday, September 16, 2011

perjalanan memasuki dunia baru..

Assalammualaikum untuk kawan-kawan aku yang super cool!

Memang aku dah lama tak berblogging ni. Almaklumlah,dah bergelar mahasiswa TAHUN PERTAMA,banyak benda aku kena buat. Nak kena sesuaikan diri dengan persekitaran baru,dengan kawan-kawan baru,tanpa bantuan ibu papa,tanpa bantuan teknologi(aku belum beli laptop). Tapi nasib baik banyak jugak kemudahan yang ada. Mesin basuh automatic ada je. Kalau malas sangat,dobi pon dekat.hahaha
Sekarang aku tengah bercuti di rumah. Jadi sementara tengah lapang,aku buat lah entri ni walaupun dah lapuk kot.

Minggu pertama masuk Universiti Malaya,aku sangat cemas dan teruja kot. Perlu belajar untuk berdikari+berdiri atas kaki sendiri. Jeles dengan kawan-kawan yang daftar lambat. Tapi tak apalah,mesti ada hikmahnya.

Minggu Haluan Siswa//MHS,berjalan dengan lancar. Pembantu Mahasiswa//PM sangat membantu dalam semua benda. Kau ada masalah?jumpa je PM,mesti diorang tolong punya. PM dah la baik-baik,hensem-hensem pulak tu..*sempat je lagi nak menggatal.. =p

Aku dapat kolej KEDIAMAN 4//KK4 atas bukit woo.

Aktiviti yang dijalankan SUPER AWESOME!
Tipulah kalau aku cakap tak penat. Semua sesi orientasi MESTI penat dan tak cukup tidur. Pulak kena berjalan kaki dari kk4 sampai Dewan Tunku Canselor//DTC yang sangat jauh,kadang-kadang kena berlari sebab nak kejar masa. Tapi Alhamdulillah,,aku tak kena astma pun walau berlari laju. Ramai yang ambil kesempatan nak top-up tidur masa dalam DTC(waktu ceramah sebab dewan tu sangat besar,memang tak perasan kalau tertidur) -_-

Gambar tak berapa nak banyak lah sebab handphone kami diambil,sebagai langkah keselamatan. Jadi dapat sikit je gambar. Apapun,aku sangat seronok sampai takde suara sebab menjerit CHEERS! Paling best dapat belajar tarian baru yang buat kita rasa bersemangat!

Tambahan: Aku masuk pertandingan manifestasi sajak. PM-kak Pewe sangat awesome sebab sanggup beri tunjuk ajar walaupun berlatih 2jam je.

Aku tak nak cerita panjang-panjang,biar gambar yang bercerita. Mari..

baju aku merah putih.. 4th college..aumm!!

mahasiswa penjana transformasi negara

aku,liyana dan fatin

budak sel sebelah

inilah sel(group) aku

pose sengal kami

kak pewe yang sangat cool!

salah seorang PM yang sempat aku ambil gambar curi..hehe


nota kaki: Bila tamat MHS,PM semua buat sesi ‘confrontasi’. Bila mereka bagitau yang umur mereka semua lebih kurang sebaya aku je. Aku terasa sangat bengang lah sebab aku telah memanggil mereka dengan panggilan ‘abang’. Malu gila kot bila tau ‘abang PM’ sebenanrnya sebaya dengan aku. Harap-harap diorang tak ingat muka aku yang panggil diorang abang.




thankyou ollz!!