terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Monday, December 31, 2012

tahun 2013


Alhamdulillah

Sudah tiba tahun yang baru. 2013

Azam tahun baru?

Ada orang letak azam tahun baru “melaksanakan azam tahun lepas yang belum tertunai”
Ada juga buat azam tahun baru yang cliché seperti “nak jadi anak yang soleha solehah, mahu Berjaya” dan macam-macam lagilah.

Pada aku, tu semua tak penting. Sebab kalau ikut yang sepatutnya, setiap hari perlu ada azam baru. Lebih kurang macam matlamat lah. Hidup ni kena ada matlamat yang jelas.
Apa yang paling penting,,,niat sendiri dan kekuatan diri kita untuk lebih istiqomah dalam menunaikan matlamat tersebut.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat ibu yang terchenta!! Kami doakan yang baik-baik untuk ibu. Love you like a thousand year! Love you till jannah!!

Bagi sahabat-sahabat yang akan atau sedang emnghadapi peperiksaan, BEST OF LUCK for uollss. Yakin pada diri, jangan meniru. USAHA, DOA, TAWAKAL, SENYUM.

tak lupa juga SELAMAT TAHUN BARU kepada semua (yang sudi membaca post ini). Semoga keredhaan Allah sentiasa bersama kalian.

Ingat,,
JAGA DIRI, JAGA IMAN, JAGA HATI



Sebarkan cinta-Nya

Saturday, December 1, 2012

itu menyakitkan



kawan aku tengah bersedih.
sebab..cinta.
jadi aku tujukan ayat ni buat orang yang dah buat kawan aku menderita.


hei awak yang tidak bernama!
awak sedar tak yang awak dah pun curi hati dia.
saya harap awak dapat jaga hati tu baik-baik.
tapi ternyata awak jahat.
lepas dah curi, awak hilangkan diri.
tahu tak bahawasanya tiada hati itu menyakitkan?
PERSOALAN yang tiada jawapan itu menyakitkan?
dan rasa RINDU itu menyakitkan?!

tolonglah faham

itu menyakitkan!


p/s: walaupun kau tak cakap apa-apa,tapi aku boleh faham. ye.aku faham.

Monday, November 19, 2012

sweet #1

Assalammualaikum
Pada aku, sweet itu subjektif.
Bila buat perkara-perkara yang sweet, orang akan tersenyum. 
Senyum itu satu sedekah.
Sedekah dapat pahala.
Kalau orang yang buat orang lain tersenyum? 
Masuk sekali saham dia tu. (maksudnya, dua dua orang dapat pahala. Orang yang senyum, da orang yang buat orang lain tersenyum)
Mudah kan nak dapat pahala?

Friday, November 16, 2012

Bila rindu, berdoalah.





Bila kita rasa rindu pada seseorang, berdoalah dengan Doa Nabi Yusuf

Doa Nabi Yusuf tatkala merindui Zulaikha.


" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga aku menjadi kerinduannya... "
Aminnn 


sumber dari incik google

Jodoh yang baik. Selepas melakukan solat istikharah, bila dengar nama dia kita rasa tenang..hati tenang.. Maka itu jodoh yang baik. Tapi jika kita sebut nama dia, kita rasa xtenang, rasa gelisah, serabut dll. Itu petanda jodoh yang tidak baik... ~ from Ustaz Azhar Idrus

sebarkan cinta-Nya
(:

Thursday, November 15, 2012

promote novel


Mula-mula sekali aku nak beritahu yang aku bukanlah peminat novel yang tegar. Tahap sampai tak makan nangis-nangis sebab menghayati isi novel tu. Kadang-kadang je aku baca novel. Itupun kalau novel tu femes amos dan jadi bualan ramai orang. Konon-konon tak nak jadi ketinggalan zaman lah ni. Tak kira lah novel melayu, inggeris, apatah lagi bahasa asing.

Novel yang pernah aku baca? Boleh dikira dengan jari lah. Hah,cerita ombak rindu, aku pernah baca novel tu. Setakat 5 bab je kalau tak silap. Lepas tu aku bantai baca muka surat belakang sekali nak tau apa pengakhiran cerita. Suka hati kau je jemah! HAHA

Sekarang ni aku tengah aim satu novel. Tebal novel tu, mak aih. Mau habis tamat latihan suksis pon aku tak habis baca ni. *oke, over! Hahaha

Ini lah rupa buku tu. Taarrraaaa..



Kalau teringin nak tengok sikit kandungan novel ni, boleh klik link ini ye kawan-kawan. Tapi sikit je la. Selebihnya tetap kena beli. hehe


Apa yang menarik pasal buku ni? Sebab.. Sebab.. sebab penulis dia, Melur Jelita ada masukkan suasana sebagai anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Universiti Malaya atau SUKSIS UM dalam penulisan novel ni. Bangga betul, rasa macam watak aku pulak yang masuk novel tu. Hehee

Ok lah. Dah bosan taip. Akhir kata, I LOVE YOU, STUPID!

Jangan lupa sebarkan cintaNya. (:

Wednesday, November 14, 2012

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

Salam Maal Hijrah.
Salam cinta untuk-Nya
Salam rindu pd syurgaNya.

aku copy gambar chantek ni dari blog SINI


apa aktiviti untuk cuti awal Muharam kali ni?
shopping? jogging? kawad? err..
STOP. mari berhenti seketika daripada melakukan hal-hal keduniaan.
aku nak rehat puas-puas. 
sambil-sambil rehat, boleh lah kongsi ilmu. insha Allah bermanfaat.


99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman


Sunday, November 4, 2012

kecewa?


(maaf,aku tidak jadi mengumpat)


credit : sabar

mood : berhenti mengejar dan mencuri perhatian. kerana aku rasa sangat tidak berbaloi.

cukuplah Allah bagiku. (':

Tuesday, October 30, 2012

wordless wednesday # hijab




#berhijab lah kerana Allah SWT.  ^^,

cinta pertama?




*sekadar perkongsian ringan

orang kata, susah nak lupa first love. dikenang2 remaja dalam diari hati.
Tanya diri, siapa sebenarnya cinta pertama kita??

'Alastu birabbikum (bukankah Aku Tuhanmu?) Al-A'raf ayat 172.
"Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi."

Tapi Dia, kita lupa lagi., lagi dan lagi. jiwa muda itu terkenang2 kan makhluk melebihi Tuhannya.

Allahu Rabbi. :'(

ingatlah sahabat. cinta itu milik Allah.
seandainya dirimu tidak memiliki sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki. 
jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta.
jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta.

:)

nota kaki : Ada sesetengah masalah yang kita hadapi tidak dapat dikongsikan dengan orang lain...Tetapi kita boleh berkongsi semua masalah yang kita hadapi dengan ALLAH s.w.t..

Sunday, October 7, 2012

Pertama kali

Assalammualaikum


Ini suatu kisah PERTAMA KALI yang cannot go!

Pertama kali tak bawak kad matrik keluar kawasan universiti, masa nak balik tiba-tiba pakcik guard tahan kereta suruh tunjuk kad matrik. Lepas tu terus bawa kad matrik ke mana sahaja (kecuali tandas) tapi tak pernah kena tahan dengan pakcik guard.

Pertama kali nak datang kelas lambat dan waktu itulah lecturer perli atau tanya sebab lambat sedangkan sebelum ni tak pernah kesah siapa datang lambat. Lagi seronok bila semua orang waktu tu jugak datang awal. Lepastu jadi serik selalu datang kelas awal, tapi tak pernah pulak nampak orang lain kena marah sebab datang lambat.

Pertama kali meniru dalam exam. Waktu tu lah cikgu nampak dan kena tahan. Selama ni bebudak lain selamber je meniru tak pernah kantoi.


Konklusi : Jangan buat perkara jahat walau pon SEKALI!!
*sorry merepek.stress assignment ==' 


Wednesday, October 3, 2012

setiap hari

Lagu Shahir ‘Aku Yang Berdosa’
(alarm tone)
Bangun untuk solat Subuh
Jerang air untuk bancuh nestum
Bergolek-golek ke sisi katil semula
Memilih baju untuk dipakai
Bergerak membersihkan diri
Iron baju
Campak barang masuk beg
Tempek sedikit bedak di muka
Meneguk secawan nestum dengan harapan mampu memberi tenaga yang cukup sepanjang hari
Capai kad bas, handphone,kunci bilik
Turun lif, tunggu bas, kadangkala perlu mengejar bas
Masuk kelas cari tempat duduk hadapan
Catat sedikit nota
Petang balik semula ke bilik
Berangan 
*Memikirkan apa yang telah aku perbuat hari ini.
Catat sedikit nota untuk ditampal di papan depan meja
Tertidur di sisi katil
Aktiviti malam hari sentiasa berubah dan menggembirakan
Aktiviti yang berulang-ulang selepas itu

#aku tidak berasa bosan kerana disebalik semua ini aku yakin aturan-Nya cukup indah

Monday, September 24, 2012

mereka buat aku kagum.

Baru-baru ni aku dapat peluang berjumpa sendiri face-to-face dengan Datuk Seri Panglima Hishammuddin bin Tun Hussein.
Ingatkan ada ceramah, rupa-rupanya aku dan beberapa orang rakan SUKSIS dan SISPA ipta dapat peluang duduk semeja denga datuk seri sendiri.
 kami dapat duduk paling depan tau.hehee


Bila dah berdepan, memang terkejut jugak lah sebab Datuk Seri sangat SPORTING! Tak tipu. Dia cakap direct je, takde tapis-tapis,santai je tak formal. Dia punya gelak, sangat jujur. Bayangkan jelah,boleh menteri sporting siap ambil gambar peace. Kita ni yang malu-malu-kucing,sebab segan.
Aku respect lah dengan cara dia nak mendekati remaja.
Bila ada antara kami yang usulkan satu cadangan, dengan senang hati je dia terus terima cadangan tu. Lepastu kami dapat tengok pejabat dan bilik gerakan KDN.
Seronok sangat dapat peluang macam ni.


Aku wakil SUKSIS dari Universiti Malaya, dengan lagi 2 orang anggota dan pegawai kami, Tuan Foo. Ni lagi seorang yang buat aku kagum.
Sepanjang perjalanan ke Putrajaya tu, kitorang diam je sebab malu. Tuan Foo yang menceriakan suasana. Macam-macam soalan dia bagi. Dan dia seorang yang sangat merendah diri. Contohnya, masa nak hantar salah seorang anggota solat jumaat kat putrajaya,kereta terpaksa parking jauh. Ada polis trafik jaga sebab PM nak lalu solat kat situ. Tuan rilex je.dia bukak tingkap siap cakap terima kasih. Kebetulan polis tu pernah jadi anak buah Tuan, jadi kami dapat lalu sampai depan pintu masjid.
Masa nak tunggu orang siap solat jumaat, Tuan Foo ajak kami ambil-ambil gambar kat situ. Paling aku terkejut bila Tuan sendiri ambilkan gambar kami. Sporting sangat!

Sepanjang jalan kat Putrajaya tu,banyak maklumat Tuan bagi. Dia cakap, apa yang menarik kat Putrajaya ni ialah setiap kawasan akan ada bentuk lampu jalan yang berbeza. Lepas tu baru aku perasan pasal lampu jalan. Kalau selalu lalu, tak pernah tengok lampu jalan.

Dengar Tuan bercerita, rasa rendah diri yang amat. Kami ada ikut Tuan pergi kat bahagian Kementerian Pengajian Tinggi. Hampir 2 jam lebih jugaklah kami tunggu Datuk habis meeting. Tapi, Tuan Foo tak merungut langsung. Serius ni!Tuan dah 22 tahun kerja, tapi tak pernah ambil cuti/MC. Dahsyat tak dahsyat lah kann.. Aku yang belum kerja pon selalu berniat nak ponteng kelas. Ish..
Tuan Foo ada cakap, let everything be your teacher. Sebab tu lah semua yang jadi, dia ambil pengajaran. Respect!

nota kaki: Esok dah mula pilihanraya kampus PRK. Tuan Foo pesan, tunaikan hak kita sebagai mahasiswa dan tanggungjawab sebagai anggota polis.
^^,

Thursday, September 6, 2012

eh, Raya Belum Habis Lah




Hari ni dah masuk raya ke berapa ek? Ok,hilang ingatan kejap. ><

Tak kisah la. Yang penting aku nak bagi cerita pasal raya aku tahun ni. Sikit je.

Aku rasa raya tahun ni lah yang paling sibuk sekali. Tak sempat pon memenuhi undangan rumah terbuka. Yang pastinya, sepupu kupu kupuku semua sibuk menempah tarikh untuk pertunangan, perkahwinan. Letih tapi seronok.
Seminggu beraya banyak tempat aku jelajah.
Dari Bandar Tenggara, Bukit Ramun, Muar, Kuala Lumpur. Perhh,,nasib baik aku tak jadi driver. HAHA

Walau bagaimanapun, (skema la pulak) busy macam mane pon, kami semua masih macam dulu. Part paling penting bila berkumpul ialah BERGAMBAR. *sambil menjerit histeria sebab nampak kamera



dah nampak la sape paling over >.<

Tiba-tiba rasa malas nak cerita lagi. tunggu la entri berikutnya. *kalau rajin lah :P

Monday, August 13, 2012

lebih baik sikit daripada tak de langsung.



Sedar tak sedar,kita dah hampir tiba ke penghujung Ramadhan.
Bagi sesiapa yang sedar tu, bagus lah. Bagi yang tak sedar lagi, bangun lah! Bangkit!
So,apa yang kita dah dapat untuk Ramadhan kali ni? Matlamat tercapai?
Apa, ingat sambut tahun baru je kena ada azam baru?


Untuk malam-malam terakhir ni, banyakkanlah amalan. Sebab apa? Sesuatu yang SANGAT ISTIMEWA menanti iaitu malam LAILATULQADR.

“lebih baik daripada seribu bulan” (97:3)

Aku bagi sedikit tips yang aku tahu. Mudah je.

-      1) Kita disarankan untuk focus pada 10 malam terakhir Ramadhan. Tapi disebabkan aku taip entri ni dah tinggal beberapa hari je nak habis puasa,so bolehlah beri tumpuan pada hari-hari terakhir ni.

-       2) Sebelum tidur tu,buat lah solat sunat lebih sikit. Pada aku,kalau kita memang jenis yang tak mampu nak bangun 2/3 malam, lebih baik buat solat sunat lepas terawih. Tak pun,masa bangun nak sahur (pastikan belum azan dan kita masih sempat bersahur)

-    2)Waktu pagi pulak, boleh buat solat sunat dhuha dan baca Al-Quran banyak. Sebab apa? Pahala dalam bulan Ramadhan ni berganda-ganda tau. Tak nak ke?

-      3) Suka diingatkan di sini, seharusnya kita doa banyak-banyak. Kalau selalu lepas solat terus cabut telekung (bagi wanita) dan sambung tengok tv,dalam bulan ni,bolehlah luangkan lama sikit berdoa. Mintalah apapun. Tak jadi masalah. Tak kena bayar pun. Sebagai seorang hamba yang lemah, tak boleh la kita sombong dengan Tuhan kita. Buat rugi je.

-         Bukankah Allah telah brfirman,
“Mintalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan permintaan kamu.”
(Surah al-Mu’min: 60)

-     4) Kemas rumah. Ini pun satu ibadah juga ye. Lebih besar pahala kalau kita tolong ibu bapa mengemas rumah.

Nampak tak? Mudahnya nak dapat pahala. Banyak lagi yang boleh kita buat sebenarnya. Kena ingat, Ramadhan datang sekali je setahun. Jadi, rebutlah peluang yang ada. Biar sedikit je usaha kita, daripada tiada langsung. betul tak?


kurangkan nafsu makan. #gambar sekadar hiasan
*perhh,, perut ni dah bunyi-bunyi lah pulak. HAHA

Suka diingatkan lagi, janganlah amalan kita terhenti dalam bulan ini je. Harap terus istiqamah.

Sama-sama sebarkan cintaNya.
Waallahu'alam.

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday # nota hari ini




#kan bagus bila kita tengah khusyuk baca buku, tiba-tiba ada orang selit nota macam ni kat buku tuh. *berangan!

nota kaki : woi,wordless wednesday mana boleh tulis apa-apa! aku punya suka lah. HAHA
nota lagi : sedang cuti 'study week'. exam fever -_-''







Saturday, May 19, 2012

Persepsi


Persepsi adalah sebuah proses saat individu mengatur dan menginterpretasikan kesan-kesan sensoris mereka guna memberikan arti bagi lingkungan mereka ,sumber-Wikipedia.

Dalam hidup ni, ada banyak perkara yang boleh ubah persepsi kita terhadap sesuatu.


. . .

Ini kisah Dahlia dan Kekwa (nama macam kembor).

Suatu hari, diorang berdua ni rancang la nak keluar. Lepak sama-sama sebab dah terlalu lama tak jumpa. Jadi Dahlia sewa la kereta dari UPM. Macam selalu, bila sewa kereta, minyak kereta sewa tu akan dibiarkan sikit. Sebab orang yang sewa kereta yang kena isi sendiri. (tak payah terangkan la,korang yang selalu sewa kereta mesti tau).

Dahlia dengan confidentnya bawa kereta tu tanpa isi minyak dulu. Sampai UM, tukar driver dengan ani pulak. Kekwa ni pulak jarang bawak kereta, jadi dia bawak je tak toleh kiri kanan. Akibat dah lama sangat tak jumpa, jadi banyak lah ye cerita yang terkumpul hendak di luahkan. Sedar-sedar dah terlepas stesen minyak.
Tiba kat satu jalan lurus ni, ani mula rasa semacam kat kereta tu. Tiba-tiba kereta makin slow, tersangkot-sangkot. Dengan perasaan yang panic, Kekwa memberhentikan kereta di tepi jalan. Jalan yang pada ketika itu sedang sesak, diorang berada di line 3 iaitu lorong kenderaan berat, jalan naik bukit. Lori banyak.(sila bayangkan)

Apa yang diorang buat? Dahlia dan Kekwa tergamam. Ketika itu, jemaah lelaki sedang bersolat Jumaat. Dah kehabisan idea nak minta tolong siapa. Diorang bertawakal kepada Allah.

Apa jadi?

Dalam 5minit lepas kejadian, ada satu tow truck lalu.
Orang lelaki towtruck 1 : kenapa kereta ni?
Dahlia : habis minyak kot.
Orang lelaki towtruck 1 : haha ingatkan rosak apa tadi.

. . .

(selepas orang lelaki towtruck 1 dan 2 berbincang)
Orang lelaki towtruck 1: kitorang tolong anta kereta ni sampai stesen minyak je la. Bahaya jalan sini. Kereta laju.
*tersenyum malu.

Lepas kereta sewa diorang dinaikkan atas towtruck tu, Dahlia dan Kekwa kena la duduk dalam kereta tu. Terasa tinggi duduk kat atas tu. HAHA

Sampai stesen minyak, selepas diisikan minyak kat kereta..

Dahlia : berapa kena cas ni bang?
Orang lelaki towtruck 2 : eh, tak payah la. Sebab hari ni hari jumaat. J
Dahlia : tak pe, abang berdua belum makan kan? Ambil lah ni. Terima kasih banyak tau. (mata berkaca tanda terharu.)
Orang lelaki towtruck 2 : sama-sama. Kalau kawan-kawan nak pakai towing lepas ni,panggil la kitorang. (sambil hulurkan kad)

. . .

Kesimpulan, dulu persepsi aku pada orang yang bawak towtruck ni, semua tak baik. Sebab aku pernah ada incident di mana orang towtruck langgar kereta yang aku bawak, lepas tu tak nak mengaku salah. Cerita kat tv pon banyak tunjuk yang ada syarikat towing ni sengaja menyebabkan kereta rosak sebab nak dapat pelanggan.

Tapi lepas kejadian kat atas ni, aku sedar yang tak semua orang jahat. Jadi, persepsi aku pada orang yang bawa towtruck ni terus berubah.

Nota kaki : aku pun tak tahu kenapa aku guna nama samaran. By the way, TERIMA KASIH TOWTRUCK YANG TOLONG KAMI SEMALAM!!