terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Saturday, May 21, 2011

Hikmah di sebalik ujian~

salam..
aku dah lama jugak aku tak update blog tentang aktiviti harian aku sebab takde apa yang menarik pun..hehe

baru-baru ni,keputusan bagi ujian bertulis MEDSI diumumkan. ada masalah teknikal yang menyebabkan keputusan keluar lambat. masing-masing sibuk tanya
'bile result nak keluar?'
'nad,ko da cek ke temuduga medsi?'
'tolong cekkan aku punye keputusan medsi boleh tak?'
'nnt kalau dah boleh cek,ko tolong bagitau aku tau'
dan bla bla bla...
sampai aku cakap sendiri dalam hati,, 'kata nak jadi cikgu,sabar sikit boleh tak?tunggu jelah sampai boleh cek.tak payah nak kelam kabot sangat sebab keputusan tu tak lari pon la'

kami sebagai pelajar lepasan STPM kebanyakannya memang mohon pendidikan sebab peluang kami memang ke arah itu. sebelum ni dah ambil ujian bertulis MEDSI,jadi sekarang tunggu sama ada kami layak jadi cikgu atau tidak.
tahniah la kepada kawan-kawan aku yang dapat. memang ramai yang dapat,tapi ramai juga yang tak dapat. malam tu lepas dapat panggila daripada kawan aku,aku terus buka laptop,dan terus klik link mohe upu. masukkan i/c, then,tadaa~ 

apa jadi lepas tu?air mata ni tak berhenti-henti..aku tak tahu kenpa,rasa macam dunia ni sedang berhenti berputar tengok aku. tak tahu macam mana nak gambarkan. semangat aku turun sangat-sangat. aku mulalah mempersoalkan yang bukan-bukan.
lepastu,ibu cakap::
kau nak salahkan siapa?nak salahkan takdir ke?bukan rezeki kita kat bidang tu,sebab tu lah kita tak dapat. rezeki ni ada kat mana2 dik. kita dah berusaha,doa,tawakal. bila kita tak dapat,bukan maknanya dunia dah berakhir kan?banyak lagi peluang yang ada. jujur la ibu cakap,ibu tak rasa apa-apa.sebab ibu yakin,peluang adik kat tempat lain.kan adik betul-betul nak jadi lawyer.mungkin rezeki kat situ.siapa tau,ujian MEDSI haritu menjurus pada sifat peguam.
...
aku kira masih bernasib baik kan sebab peluang banyak lagi. walaupun aku rasa sangat-sangat down down down...and i almost cry like a baby ok!


aku ada keluarga dan kawan-kawan yang sangat SUPPORTIVE! walaupun masih ada yang agak merimaskan sebab menghantar berduyun-duyun sms nak tau aku dapat temuduga kat mana.finelah!aku tengah bad mood,daripada korang kene sembor dengan aku,baik aku diam. macam ibu cakap 'biarkan je diorang nak tanya,tak payah balas. ibu,kaka,dan adik-adik sangat membantu menaikkan semangat aku sampai aku berjaya terima hakikat ni. acam pagi tadi,aku rasa lega sangat ibu ajak pergi joggin kat taman merdeka,(walaupun tak jogging betu-betul pun.cuma joget-joget,borak-borak dan ketawa-ketawa je)haha buat aku sangat gembira sampai lupa yang aku menangis sepanjang malam tadi. lepastu sarapan yang sedap-sedap. (memang favorite kitorang nak lepaskan tension dengan makan)
ditambah pula bila kawan-kawan aku sangat prihatin. my besties siap telefon aku pagi tadi untuk tau keadaan aku. wahh..terharunya.. :') then,ada kawan aku yang sama-sama tak dapat temuduga tu telefon,lagi frust dari aku. 
erm,,harapan aku,kepada siapa-siapa yang senasib dengan aku,(terutamanya yang rasa frust sangat tu)jangan risau lah kawan. ini bukan pengakhiran hidup. banyak lagi dugaan yang akan datang yang mungkin lebih besar lagi. jadi,sabar..sabar dan sabar..
well,lagu ni selalu buat aku semangat semula..jom layan~


salam bahagia semua~
^_^

nota kaki:tak sedar entri kali ini aku dah tertaip banyak sangat..tak pernah-pernah..haha
sebelum terlupa,blog aku cantik tak?tangan ni gatal sangat nak tukar macam-macam..tekan tu,tekan ni..hihi

Wednesday, May 18, 2011

terkenang zaman muda-mudi

Salam..
Hye,rasa da lama sangat aku ni tak update blog kan.. rasa rindu pulak..hehe

Erm,,sekarang ni banyak sangat kes buli budak sekolah. Makin menjadi-jadi kan.. bila cerita pasal buli,aku tiba-tiba teringat cerita zaman muda-mudi dulu. (sekarang aku dah tua ke??)
Secara tak sedar,aku pun dulu pernah jadi salah seorang MANGSA BULI. Sebabnya mungkin sifat aku yang pendiam dan agak SLOW a.k.a lembab. Hahaha (ketawakan diri sendiri ke?)

Cerita masa aku sekolah TASKI dulu. Aku ada 2jiran sebaya. Jadi kitorang pergi sekolah saing2 naik van. Rumah kitorang ni jalan mati,jadi van hantar sampai ujung simpang je. Kitorang selalu jalan kaki,selalu jugak la berbual2. Aku selalu jadi pendengar ‘borakan’ diorang je. Banyak kali jugak la diorang kenekan aku. Selalu pakat berdua,pastu tinggalkan aku jalan sorang2 kat belakang. Kadang2 tu sampai aku menangis tau. Diorang gelakkan je. Hrmm (fine la!biase je..tak de lah buli sangat..) kalau dengan lelaki dalam kelas aku pun,sama je. Situasi aku kena buli. Alasannya? Sebab aku ni tak cantik dan tak pandai ambil hati diorang. Contah,,masa birthday salah seorang budak laki,semua bagi dia hadiah. Aku pun suruh ibu bungkuskan hadiah. Nak tau ibu bagi apa? Ibu bungkus tisu kotak,cantik je. Diorang dapat,terus bukak,then campak ke tepi je.. Budak perempuan lain ada yang bagi pensel,pen,pemadam dll,diorang punye suka.. mak aih,siap bagi layanan istimewa lagi tau. Tapi bio la,masa tengah kecik kan.
Tapi,aku ingat sampai situ je,rupanya tak habis lagi.. masa aku sekolah rendah+menengah pun,aku masih jadi mangsa buli. Sampai kadang2 tu,aku rasa macam tak nak pergi sekolah je tau. Bila fikir balik,sebab bende tu la buat aku tak yakin langsung dengan diri aku ni. Tak boleh nak buat apa2,sebab aku selalu rasa orang lain lagi hebat dari aku.
Alhamdulillah. Sekarang aku dah dewasa,makin matang(insya Allah). Kalau semua tu tak jadi pada aku dulu,tak de lah aku jadi sekuat sekarang ni. Dah tak peduli cakap orang lagi. Just do it.. Untung sangat sebab aku ada seorang ibu yang sangat memahami,sebagai ibu,kawan,guru kaunseling. Buat aku tambah kuat semangat sampai aku temui diri aku sekarang.
Jadi bila aku baca kisah2 buli ni,aku rasa kesian sangat2.. Pembuli tu tak rasa bersalah ke? Diorang tak fikir ke kesan pada mangsa buli? Aku tau macam mana rasanya,dan ianya teruk.. Betul2 TERUK ok.
Hish,budak2 zaman sekarang memang tak makan saman kan. Siap yang makin berani upload video buli dalam youtube. Itulah salah satu cabaran yang besar bagi aku sebagai seorang BAKAL GURU.. (ayat memang tak leh bla)
Pengajaran penaja: tolonglah jangan membuli,jangan biarkan diri dibuli,dan jangan biarkan orang lain membuli orang lain.. Tanggungjawab kita bersama.

nota kaki:: aku tak simpan dendam kat orang yang membuli aku cuma aku nak pinjam watak korang sebagai pengajaran je. hehe
Tanamlah budaya sayang-menyayangi.. :P
loveyou.com!

Sunday, May 1, 2011

Happy Birthday Kak Nadia!!!

Topik::: special for my sister!!!
Happy birthday to my beautiful,lovely and prefect sister>>Nadia


Beza umur aku ngn kak nadia,setahun 3hari je buat kitorang ni rapat sangat. Keluarga kitorang,sedara2,jiran2 semua ramai yang panggil kak nadia dengan panggilan ‘kakak’. Ibu dengan ayah pulak dah lekat panggil aku adik sebab jarak umur tu. Dari kecik aku pergi mane2 memang berdua,baju sama,kena rotan sama2,ketawa nangis sama2,sekolah sama,dan PERNAH masuk kelas yang sama. Kalau setakat gaduh tumbuk2,gigit2 tu biasa lah.. jatuh basikal lagi la tak heran langsung..hahaha



Pengalaman yang tak boleh lupa dengan kak nadia?
Hui,banyaaaak sangat..salah satu,,
Yup,peristiwa jatuh basikal. Kitorang masa kecik2 memang degil yang amat.. petang tu,senyap2 keluar rumah sebab nak main basikal. Disebabkan basikal ada sat je,kitorang pon share la nik. Aku diri kat belakang(basikal tak ada kerusi kat belakang,jadi kena diri..) tiba satu simpang tu,tak tahu lah macam mana,kaki aku boleh tergelincir. Lepas tu,kaki aku masuk dalam tayar basikal tu. Memang tak fikir pape waktu tu. Aku Cuma jerit je,kak nadia dengan spontan dia ketuk pintu rumah orang minta tolong. Orang tu tolong,terus bawak balik rumah. Sampai kat rumah,apa lagi kitorang berdua kena marah habis2an la dengan ayah.. *padan muka kitorang,degil sangat* hahaha




  
Mari aku cerita sikit pasal kakak aku ni ok..
Dia memang paling suka bergaya. Mana tak nye,kat uni pun orang dah panggil dia SONAD (jual makeup pengganti sosilawati)..

ni kawan2 kakak:::terima kasih sebab jaga kakak kat sana.. sayang kalian juga.. :)

Makanan kegemaran dia pulak,memang ada banyak..tapi yang paling dia suka,TOMYAM la! Sedaaaap...(aku pun suka)

Dari dulu kitorang banyak buat benda sama. Sekolah taski yang sama, sekolah rendah pun sama>>SMK Bnadar Tenggara, darjah5 pun sempat masuk satu kelas.. aku ingat bila dah naik sekolah mnengah,kitorang lain sikit. Tapi tak jugak. Subjek yang sama jugak aku amik,ikut kakak la ni.  Keputusan peperiksaan yang besar pun aku ikut dia. Sampai da lepas STPM pun,pointer sama,aku mohon kos yang sama.. tak tahu lah nak cakap apa kalau memang betul nanti aku dapat sama kos,sama universiti,sama bilik. Hahaha

Muka kitorang yang hampir sama ni (memang la sama,kata adik beradik..pe r) ramai orang cakap kitorang ni kembar.  Walaupun kadang2 orang cakap aku ni la kakak, kak nadia adik..haha

Tak kisah la apa pun orang nak ckap,yang penting aku tetap
ADIK YANG SAYANG KAK NADIA!!! 
loveyou.com