terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Monday, November 21, 2011

share # ada masalah?tengok ni

Assalammualaikum semua

Kawan-kawan semua (sopan santun la hai bunyik nye ni)

Siapa tak pernah hadapi masalah,sila angkat tangan! Of course lah pernah kan..kalau ada yang angkat tangan tu,sah TIPU!

boooo

Dan secara tiba-tiba aku bukak lah video bawah ni dekat youtube. SEDIKIT daripada masalah aku setle!
Betul,tak tipu. Nak dijadikan cerita,aku ada test pagi tadi. Hajat di hati nak stay up untuk pulun baca nota-nota yang ada (disebabkan sabtu ahad yang sangat sibuk!) dan aku tersangatlah bagus,bawak nota,nak baca sambil baring atas katil yang empuk lagi selesa. Tak sampai 5minit pun aku dah TERlelap. Nak tahu aku bangun pukul berapa?

5pagi!!

 Itupun sebab aku dah set alarm tepon. Kalau tak,memang tak bangun. Padahal test pagi ni,8pagi (kena gerak 7.15pagi sebab bas tak tentu masa,dan banyak kali terlepas bas) -_-''

Tapi ALHAMDULILLAH. Aku sempat habiskan study pagi tu,walau tak banyak masuk,tapi semua yang dibaca mudah diterima. Inilah namanya THE QUALITY,NOT THE QUANTITY!

KALAU KITA NAK MENCARI ILMU YANG BAIK,PASTI DIPERMUDAHKAN.

Betul tak?

Jom lah tengok video matlutfi a.k.a adamakuplak! Haha

Nota kaki:macam ada kaitan dengan aku je video ni. Matlutfi,kita ni ada pertalian ke?tetibee..hahaha




Ok

Tq




Thursday, November 10, 2011

hee

Assalammualaikum readers
=)


gaya baru yang aku tengah cuba belajar.=p

nota kaki:ape kena tah dengan aku tiba-tiba nak letak gambo.. -_-''

Wednesday, November 9, 2011

mari main tag-tag kejap..=)

Assalammualaikum

Haritu aku terbaca blog sue,tak sangka pulak dia tag nama aku untuk join dia ‘perang tag’. Memandangkan aku tengah ada mood nak merepek,jadi aku pun sahut cabaran untuk join. =)


The Rules
  1. You must post this rule
  2. Each person must post 11 themselves in their journal
  3. Answer the question the tagger set for you in their post and create eleven new questions for the   people you tagged to answer
  4. You have to choose eleven people to tagged and link them to the post
  5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
  6. No tag Back !
  7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAG IF YOU READING THIS" YOU LEGIMATELLY (a.k.a REALLY,TRUST,WITH ALL HONEST)have tagged 11 people.

11 perkara tentang aku::

Monday, November 7, 2011

Lelaki fikir macam ni.. Perempuan?

Assalammualaikum to all readers..



 Pernah tak korang baca nota macam di atas sebelum ni? Contoh dalam facebook ke,blogger lain ke,google ke. Mesti pernah kan? (sebab aku dapat ni pun copy daripada facebook)
Apa yang aku nak cerita ialah,pendapat kaum perempuan pulak. (tapi kebanyakan pendapat datang daripada aku. Hehe)


Kenyataan atas tu cakap:

Lelaki tak kisah kalau dapat awek yang freehair atau bertudung, pakai seksi ke hape,tapi perempuan? Lelaki rasa perempuan nak ke kalau dapat pakwe yang ada ex-gf yang seksi-seksi? Kalau aku yang dapat,memang rejected!haha

Lelaki tak kisah dapat awek yang perangai entah hape-hape dan lagi suka yang notty-notty kan? Tapi,lelaki rasa perempuan sanggup ke dapat pakwe yang pernah ada awek notty? Nak-nak masa dorang tengah bercinta,tiba-tiba ex-gf diorang datang balik,mau kena maki hamun. Silap-silap pakwe korang tu balik semula dekat awek dia tu. Ye x? (ish,tak mahu lah)

Lelaki suka awek yang boleh keluar rumah anytime,boleh pegang-pegang dan yang gedikss. Tapi cuba lelaki fikir baik-baik,perempuan nak ke terima lelaki yang dah pernah pegang-pegang atau keluar sesuka hati mak bapak dia kerap macam belangkas. Lelaki macam ni ke yang nak dijadikan ketua keluarga? (you wish!)




Lelaki ni fikir apa yang mereka nak aje. Mereka pernah tak fikir apa yang sepatotnya dan apa yang perempuan nak? Calon suami ni kena pilih yang betul-betul. Kalau salah,memang susah lah. Perempuan mesti nak cari calon suami yang BOLEH MEMBIMBING, bukan perempuan yang kena bimbing mereka. Lelaki ni kadang-kadang terbawa-bawa perangai lama mereka lepas 2 3 tahun berkahwin. Kalau perangai memang dah cantik,dapat pulak isteri biasa-biasa,insyaAllah rumahtangga aman damai sebab peranan KETUA KELUARGA yang sangat besar. Jadi,kalau lelaki ni awal-awal dah tak kuat iman,apa jadi pada rumah tangga mereka kelak?

Fikir lah sendiri ye..

nota kaki:macam mana nak tahu lelaki tu baik ke tak? dari cara pemakaian ke?memang tak leh pakai lah -_-''









take time to be loved~

Thursday, November 3, 2011

Budak U~

Assalammualaikum to all readers
J

Maaf lah kalau entri kali Nampak macam sedikit JAKUN sebab aku memang agak terkejut lah dengan suasana pembelajaran yang baru. Sebelum ni kan aku belajar di sekolah. Jadi bila dah masuk university,SERIUS memang berbeza lah.

Kalau kat sekolah dulu, ada je orang nak tegur kita, bagi nasihat, tolong kita.
Tapi dekat U,semua tu TAKDE!

Kalau korang malas nak gi kelas,memang takde siapa nak marah. (aku tak pernah buat lagi)

Kalau korang terlambat bangun,takde siapa nak tolong kejut. (aku pernah terlambat bangun,rasa macam nak gugur jantung ni mandi koboi,jalan laju-laju kejar bas)

Kalau tertekan? Menangis lah kau sorang-sorang. Takde siapa kesah. T_T

Nak buat assignment? Lecturer Cuma bagi tajuk,pandai-pandai lah korang cari maklumat. Tak macam kat sekolah,semua dapat suap dengan cikgu-cikgu yang sangat baik.

Kau nak tidur dalam kelas? Sukati kau lah! (maaf,aku dah banyak kali TERtidur dalam dewan kuliah) -_-‘’

*gambar sekadar hiasan (gambar diambil sebelum aku TERlelap)


Assignment? Presentation? Test? Aku TAK SUKA!