Assalammualaikum to all readers
J
Maaf lah kalau entri kali Nampak macam sedikit JAKUN sebab aku memang agak terkejut lah dengan suasana pembelajaran yang baru. Sebelum ni kan aku belajar di sekolah. Jadi bila dah masuk university,SERIUS memang berbeza lah.
Kalau kat sekolah dulu, ada je orang nak tegur kita, bagi nasihat, tolong kita.
Tapi dekat U,semua tu TAKDE!
Kalau korang malas nak gi kelas,memang takde siapa nak marah. (aku tak pernah buat lagi)
Kalau korang terlambat bangun,takde siapa nak tolong kejut. (aku pernah terlambat bangun,rasa macam nak gugur jantung ni mandi koboi,jalan laju-laju kejar bas)
Kalau tertekan? Menangis lah kau sorang-sorang. Takde siapa kesah. T_T
Nak buat assignment? Lecturer Cuma bagi tajuk,pandai-pandai lah korang cari maklumat. Tak macam kat sekolah,semua dapat suap dengan cikgu-cikgu yang sangat baik.
Kau nak tidur dalam kelas? Sukati kau lah! (maaf,aku dah banyak kali TERtidur dalam dewan kuliah) -_-‘’
*gambar sekadar hiasan (gambar diambil sebelum aku TERlelap)
Sebab?
…
(inilah ragam budak business) -_-''
Faham-faham sendirilah..
Nota kaki: tidur 3pagi dah jadi perkara biasa bagi aku…
No comments:
Post a Comment