terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Monday, September 24, 2012

mereka buat aku kagum.

Baru-baru ni aku dapat peluang berjumpa sendiri face-to-face dengan Datuk Seri Panglima Hishammuddin bin Tun Hussein.
Ingatkan ada ceramah, rupa-rupanya aku dan beberapa orang rakan SUKSIS dan SISPA ipta dapat peluang duduk semeja denga datuk seri sendiri.
 kami dapat duduk paling depan tau.hehee


Bila dah berdepan, memang terkejut jugak lah sebab Datuk Seri sangat SPORTING! Tak tipu. Dia cakap direct je, takde tapis-tapis,santai je tak formal. Dia punya gelak, sangat jujur. Bayangkan jelah,boleh menteri sporting siap ambil gambar peace. Kita ni yang malu-malu-kucing,sebab segan.
Aku respect lah dengan cara dia nak mendekati remaja.
Bila ada antara kami yang usulkan satu cadangan, dengan senang hati je dia terus terima cadangan tu. Lepastu kami dapat tengok pejabat dan bilik gerakan KDN.
Seronok sangat dapat peluang macam ni.


Aku wakil SUKSIS dari Universiti Malaya, dengan lagi 2 orang anggota dan pegawai kami, Tuan Foo. Ni lagi seorang yang buat aku kagum.
Sepanjang perjalanan ke Putrajaya tu, kitorang diam je sebab malu. Tuan Foo yang menceriakan suasana. Macam-macam soalan dia bagi. Dan dia seorang yang sangat merendah diri. Contohnya, masa nak hantar salah seorang anggota solat jumaat kat putrajaya,kereta terpaksa parking jauh. Ada polis trafik jaga sebab PM nak lalu solat kat situ. Tuan rilex je.dia bukak tingkap siap cakap terima kasih. Kebetulan polis tu pernah jadi anak buah Tuan, jadi kami dapat lalu sampai depan pintu masjid.
Masa nak tunggu orang siap solat jumaat, Tuan Foo ajak kami ambil-ambil gambar kat situ. Paling aku terkejut bila Tuan sendiri ambilkan gambar kami. Sporting sangat!

Sepanjang jalan kat Putrajaya tu,banyak maklumat Tuan bagi. Dia cakap, apa yang menarik kat Putrajaya ni ialah setiap kawasan akan ada bentuk lampu jalan yang berbeza. Lepas tu baru aku perasan pasal lampu jalan. Kalau selalu lalu, tak pernah tengok lampu jalan.

Dengar Tuan bercerita, rasa rendah diri yang amat. Kami ada ikut Tuan pergi kat bahagian Kementerian Pengajian Tinggi. Hampir 2 jam lebih jugaklah kami tunggu Datuk habis meeting. Tapi, Tuan Foo tak merungut langsung. Serius ni!Tuan dah 22 tahun kerja, tapi tak pernah ambil cuti/MC. Dahsyat tak dahsyat lah kann.. Aku yang belum kerja pon selalu berniat nak ponteng kelas. Ish..
Tuan Foo ada cakap, let everything be your teacher. Sebab tu lah semua yang jadi, dia ambil pengajaran. Respect!

nota kaki: Esok dah mula pilihanraya kampus PRK. Tuan Foo pesan, tunaikan hak kita sebagai mahasiswa dan tanggungjawab sebagai anggota polis.
^^,

Thursday, September 6, 2012

eh, Raya Belum Habis Lah




Hari ni dah masuk raya ke berapa ek? Ok,hilang ingatan kejap. ><

Tak kisah la. Yang penting aku nak bagi cerita pasal raya aku tahun ni. Sikit je.

Aku rasa raya tahun ni lah yang paling sibuk sekali. Tak sempat pon memenuhi undangan rumah terbuka. Yang pastinya, sepupu kupu kupuku semua sibuk menempah tarikh untuk pertunangan, perkahwinan. Letih tapi seronok.
Seminggu beraya banyak tempat aku jelajah.
Dari Bandar Tenggara, Bukit Ramun, Muar, Kuala Lumpur. Perhh,,nasib baik aku tak jadi driver. HAHA

Walau bagaimanapun, (skema la pulak) busy macam mane pon, kami semua masih macam dulu. Part paling penting bila berkumpul ialah BERGAMBAR. *sambil menjerit histeria sebab nampak kamera



dah nampak la sape paling over >.<

Tiba-tiba rasa malas nak cerita lagi. tunggu la entri berikutnya. *kalau rajin lah :P