terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Wednesday, March 28, 2012

Berlari Sambil Beramal




Hye kawan-kawan. Kat sini,ada sedikit promotion nak dibuat.

Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya ada anjurkan satu program amal iaitu LARIAN AMAL CARE 4 ALL
Program ni dibuat under projek Care 4 All. Nampak comel kan nama projek ni? *sambil buat muka kiut. sila setuju.HAHA

Maksud projek ni ialah kami prihatin kepada semua. Ada simbolik kenapa kami,eh salah,,mereka menggunakan ‘4’ dlm nama projek tu. Sebab nye,ni projek kolej 4. So sangat sesuai la nama tu kann. =)

Berbalik kepada tajuk utama.

LARIAN AMAL CARE 4 ALL.


(biar saya bagi sedikit detail pasal program ni ye)

Terbuka kepada semua. Tiada had umur.

Tempat : di sekitar UM. (kawan-kawan berpeluang menjelajah UM ni dari dekat. Bukan senang tau.budak UM sendiri pun kadang-kadang tak sempat nak jelajah semua)

Tarikh : 14 April 2012, 7:00am until 01:00pm

Yuran penyertaan(murah je) :
Pelajar UM : RM15
Pelajar luar dan orang awam : RM20
(berbaloi bayar yuran sebab kalian akan dapat goodie bags dan tshirt yang super ohsem!)


Hadiah:
2kategori iaitu lelaki dan wanita

Tempat pertama: wang tunai RM250, sijil, hamper, pingat
Tempat kedua: wang tunai RM150, sijil, hamper, pingat
Tempat ketiga: wang tunai RM100, sijil, hamper, pingat
Tempat keempat hingga dua puluh : pingat dan sijil
Saguhati : sijil penyertaan

Jarak larian : 5.7 KM bagi kedua-dua kategori

Tarikh tutup penyertaan pada 31 Mac 2012. Tapi jangan risau, mereka hanya nak lihat sambutan program ini. Jadi sesiapa yang lambat dapat berita ini, masih boleh daftar sebab penyertaan masih dibuka sehingga hari kejadian.

Oh ye,bukan hanya Universiti Malaya yang terlibat. Tapi dengan kerjasama UPM, UKM, dan UiTM. dengan tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari

Marilah beramai-ramai join aktiviti amal ni. Hasil sumbangan daripada Larian Amal ini akan disalurkan kepada Anak-anak Yatim dan OKU. Sama-samalah kita membantu mereka.

Sambil berlari, sambil beramal.

Oh, aku hampir terlupa. mereka juga ada menjemput artis datang bagi membantu melancarkan lagi projek ini. artis itu ialah Grey Sky Morning (lagu Cinta Gila mereka yang femes amos tu) dan Aiman (yang nyanyi lagu Cinta Terakhir tu. tiba-tiba je rasa nak menyanyi). nanti ada masa untuk beramah mesra dengan artis ni tau. nak bergambar ke, nak berbual kosong ke.



Nota kaki: sesiapa yang rasa taknak berlari sebab taklarat atau pemalas macam aku ni, tapi nak join program ni jugak sebagai tanda sokongan,penyertaan tetap diterima. Dan kalian tetap dapat goodie bag dan t-shirt tu.

WE ARE ALL IN ONE HEART!

Jom like page dia. TEKAN SINI

*kalau nak join, boleh komen kat bawah ni. atau boleh terus contact no yang tertera dekat poster di atas.terima kasih. (^_^)

Tuesday, March 27, 2012

Wordless Wednesday # dream island




Fiji Island

holiday,,
semester break,,
honeymoon,, auuww
(^_^)

Saya teringin nak bercuti di tempat yang menenangkan. Siapa nak bawa saya? 
*tetibee

credit :: Paradise Island

Friday, March 23, 2012

nasihat untuk adik-adik::STPM,SPM::


Khas untuk adik-adik yang baru lepas dapat keputusan sama ada STPM atupun SPM.

(peringatan::entry ni khas buat ADIK-ADIK,jadi penggunaan AKAK bukan bertujuan menggedik atau perasan matang,tapi mengikut kesesuaian.terima kasih)

Mula-mula sekali akak nak ucapkan tahniah buat adik-adik semua. Tak kisahlah apapun keputusan yang dapat. Berbaloi dengan usaha yang diberikan. Bersyukur dan redha. Jangan lupa ucap syukur. Alhamdulillah.J

Adik-adik semua,jangan lah difikir sangat keputusan tu.apa yang tertulis kat slip tu,sekadar pengukur Negara je. Apa yang penting ialah ilmu yang ada dan segala pengalaman yang dikutip di alam persekolahan. Kita perlukan kualiti, bukan kuantiti semata-mata.

Sekarang ni,yang penting ialah banyakkan berdoa,mohon petunjuk dari yang Maha Esa. Masa nak buat pilihan UPU,jangan gopoh. Ikut minat seiring dengan kelulusan. Tengok betul-betul apa kelulusan yang diperlukan untuk kos tertentu. Jangan salah pilih. Dan JANGAN MEMILIH SANGAT. Maksudnya kat sini,janganlah kejar sangat university yang popular. Bila adik-adik semua dah masuk university nanti,dah tak terfikir pun femes ke tak.

Kehidupan kat u totally different from school. Seriously! Kat u,tak pandang lagi dah result awak-awak semua tu. Kira macam mulakan hidup barulah. Yang penting semangat mesti ada.

Lagi satu, masa nak buat pemilihan kos,boleh lah tengok keperluan kerja dulu.  Ramai yang ambil ringan pasal ni. Sedangkan ini yang penting. Cari prospek kerja macam mana yang sesuai untuk kos yang kita pilih tu. Kalau peluang banyak,utamakan yang tu. Yang ni pun,jangan dok piker sangat kos tu femes ke tak.
Nak mudah,meh akak bagi contoh.

(khas buat adik-adik yang ada ambil kos bahasa arab kat sekolah dulu.)
Boleh lah mohon Asasi(SPM) atau degree(STPM) di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Banyak kos ada kat sini. Yang femes,undang-undang Syariah, Sains Gunaan, dan Pendidikan. Tapi,percaya atau tidak, ada salah seorang pensyarah TITAS kami yang lepasan undang-undang Syariah tapi end up jadi pensyarah. Katanya,peluang kerja sangat susah bagi peguam. Adik-adik boleh nampak tak kat sini? Peguam memang diperlukan sekarang,tapi perlu bersaing dengan ramai orang, sedangkan peluang kerja tak banyak. Cuma kalau memang dah betul-betul minat, boleh je nak cuba. Tak salah. J

Untuk Akademi Pengajian Islam atau femes kat sini orang sebut API, antara kos yang sangat dialu-alukan ambil ialah kos Pengurusan Muamalat di Jabatan Syariah dan Pengurusan. Baru-baru ni,pensyarah kami ada bagitahu yang senior-senior memang semua dapat kerja. Sekarang ni memang sangat diperlukan penasihat syariah bagi bank-bank Islam dan pekerjaan tersebut memang selayaknya untuk pelajar Pengurusan Muamalat. Ramai yang tertanya-tanya kos muamalat tu kos apa? ringkasnya bole disebut Islamic banking, atau Islamic Finance. Sebab nanti adik-adik bukan sekadar belajar pengurusan, matematik, malah ilmu agama. Secara tak langsung adik-adik akan dapat belajar tiga bahasa. Bahasa kebangsaan iaitu b.Melayu, bahasa dunia iaitu b.Inggeris, dan bahasa Al-Quran iaitu b.Arab. Kos ini baru lagi kat sini sebab tu kelas kami tak ramai. paling best, super senior kami pernah pergi China untuk buat latihan industri. seronoknye!! *promote nampak





Okeh,tak perlu cerita panjang lebar pasal kos ni. Cukup sekadar ini je ye. Kalau nak tahu lebih lanjut,boleh cari di internet, atau tanya lah senior-senior kat sekolah adik-adik tu. Tanya pengalaman mereka. Kalau nak diceritakan semua, memang sampai kesudah tak habis.

Bila dah jejakkan kaki ke menara gading ni(ayat macam peribahasa la pulak), kena pandai jaga diri. Macam-macam perangai manusia yang adik-adik akan jumpa. Yang baik, yang jahat, yang kejap baik kejap jahat, yang nampak baik tapi sebenarnya jahat pun ada. Jaga diri. Jaga diri. Jaga diri. Janganlah melibatkan diri dengan perkara-perkara yang rasanya kurang sesuai. Tetapkan matlamat adik-adik nak masuk u sebab nak belajar. Jadi fokus belajar. Benda sampingan boleh,tapi sekadar mencari pengalaman. Jangan sampai benda lain mengabaikan pelajaran. Kat u tiada siapa nak nasihat kita. Jangan sampai hanyut. Ingat!

Paling penting, sentiasa ingat ibu bapa. Telefonlah mereka selalu. Kalau sibuk sekalipun, bagitahu mereka keadaan kita. Seminit pun cukup. Satu SMS pun dah melegakan kerisauan ibu bapa kita. Jangan tinggal solat, baca Al-Quran. Ini semua pelindung kita tau.

Akhir kata, majulah sukan untuk Negara
*tetibe

Okeh,senyum, sayam, salam~
(sayam=sayang ikut kecek qlate)
kbai