terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Friday, March 23, 2012

nasihat untuk adik-adik::STPM,SPM::


Khas untuk adik-adik yang baru lepas dapat keputusan sama ada STPM atupun SPM.

(peringatan::entry ni khas buat ADIK-ADIK,jadi penggunaan AKAK bukan bertujuan menggedik atau perasan matang,tapi mengikut kesesuaian.terima kasih)

Mula-mula sekali akak nak ucapkan tahniah buat adik-adik semua. Tak kisahlah apapun keputusan yang dapat. Berbaloi dengan usaha yang diberikan. Bersyukur dan redha. Jangan lupa ucap syukur. Alhamdulillah.J

Adik-adik semua,jangan lah difikir sangat keputusan tu.apa yang tertulis kat slip tu,sekadar pengukur Negara je. Apa yang penting ialah ilmu yang ada dan segala pengalaman yang dikutip di alam persekolahan. Kita perlukan kualiti, bukan kuantiti semata-mata.

Sekarang ni,yang penting ialah banyakkan berdoa,mohon petunjuk dari yang Maha Esa. Masa nak buat pilihan UPU,jangan gopoh. Ikut minat seiring dengan kelulusan. Tengok betul-betul apa kelulusan yang diperlukan untuk kos tertentu. Jangan salah pilih. Dan JANGAN MEMILIH SANGAT. Maksudnya kat sini,janganlah kejar sangat university yang popular. Bila adik-adik semua dah masuk university nanti,dah tak terfikir pun femes ke tak.

Kehidupan kat u totally different from school. Seriously! Kat u,tak pandang lagi dah result awak-awak semua tu. Kira macam mulakan hidup barulah. Yang penting semangat mesti ada.

Lagi satu, masa nak buat pemilihan kos,boleh lah tengok keperluan kerja dulu.  Ramai yang ambil ringan pasal ni. Sedangkan ini yang penting. Cari prospek kerja macam mana yang sesuai untuk kos yang kita pilih tu. Kalau peluang banyak,utamakan yang tu. Yang ni pun,jangan dok piker sangat kos tu femes ke tak.
Nak mudah,meh akak bagi contoh.

(khas buat adik-adik yang ada ambil kos bahasa arab kat sekolah dulu.)
Boleh lah mohon Asasi(SPM) atau degree(STPM) di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Banyak kos ada kat sini. Yang femes,undang-undang Syariah, Sains Gunaan, dan Pendidikan. Tapi,percaya atau tidak, ada salah seorang pensyarah TITAS kami yang lepasan undang-undang Syariah tapi end up jadi pensyarah. Katanya,peluang kerja sangat susah bagi peguam. Adik-adik boleh nampak tak kat sini? Peguam memang diperlukan sekarang,tapi perlu bersaing dengan ramai orang, sedangkan peluang kerja tak banyak. Cuma kalau memang dah betul-betul minat, boleh je nak cuba. Tak salah. J

Untuk Akademi Pengajian Islam atau femes kat sini orang sebut API, antara kos yang sangat dialu-alukan ambil ialah kos Pengurusan Muamalat di Jabatan Syariah dan Pengurusan. Baru-baru ni,pensyarah kami ada bagitahu yang senior-senior memang semua dapat kerja. Sekarang ni memang sangat diperlukan penasihat syariah bagi bank-bank Islam dan pekerjaan tersebut memang selayaknya untuk pelajar Pengurusan Muamalat. Ramai yang tertanya-tanya kos muamalat tu kos apa? ringkasnya bole disebut Islamic banking, atau Islamic Finance. Sebab nanti adik-adik bukan sekadar belajar pengurusan, matematik, malah ilmu agama. Secara tak langsung adik-adik akan dapat belajar tiga bahasa. Bahasa kebangsaan iaitu b.Melayu, bahasa dunia iaitu b.Inggeris, dan bahasa Al-Quran iaitu b.Arab. Kos ini baru lagi kat sini sebab tu kelas kami tak ramai. paling best, super senior kami pernah pergi China untuk buat latihan industri. seronoknye!! *promote nampak





Okeh,tak perlu cerita panjang lebar pasal kos ni. Cukup sekadar ini je ye. Kalau nak tahu lebih lanjut,boleh cari di internet, atau tanya lah senior-senior kat sekolah adik-adik tu. Tanya pengalaman mereka. Kalau nak diceritakan semua, memang sampai kesudah tak habis.

Bila dah jejakkan kaki ke menara gading ni(ayat macam peribahasa la pulak), kena pandai jaga diri. Macam-macam perangai manusia yang adik-adik akan jumpa. Yang baik, yang jahat, yang kejap baik kejap jahat, yang nampak baik tapi sebenarnya jahat pun ada. Jaga diri. Jaga diri. Jaga diri. Janganlah melibatkan diri dengan perkara-perkara yang rasanya kurang sesuai. Tetapkan matlamat adik-adik nak masuk u sebab nak belajar. Jadi fokus belajar. Benda sampingan boleh,tapi sekadar mencari pengalaman. Jangan sampai benda lain mengabaikan pelajaran. Kat u tiada siapa nak nasihat kita. Jangan sampai hanyut. Ingat!

Paling penting, sentiasa ingat ibu bapa. Telefonlah mereka selalu. Kalau sibuk sekalipun, bagitahu mereka keadaan kita. Seminit pun cukup. Satu SMS pun dah melegakan kerisauan ibu bapa kita. Jangan tinggal solat, baca Al-Quran. Ini semua pelindung kita tau.

Akhir kata, majulah sukan untuk Negara
*tetibe

Okeh,senyum, sayam, salam~
(sayam=sayang ikut kecek qlate)
kbai


No comments: