segala benda baru, perlu diselesaikan segera. sesegera yang mungkin. dalam minggu 'add and drop' ni,menyebabkan semua jadi kacau bilau. berlari ke jabatan, pejabat, kafe, kelas, dewan kuliah, kafe, kolej, kafe.
-err ayat sangat hyperbola. maaf la ye.
ye,permulaan semester memang selalu macam ni. aku sedang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan.
kesibukan di fakulti,menyebabkan penyakit lama datang pabila tiba di kolej.
MALAS. penyakit pelajar-pelajar. -macam aku. sampai kolej, mesti rasa nak tidur. bila mula bukak buku, mesti nak buka muka buku dulu.
terasa masa berlalu dengan sangat pantas. kerja yang dapat tak pernah putus. persoalan datang bertimbun-timbun. menjadikan diri ini sangat malas. LETIH.
namun, usaha masih diteruskan. kerana menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi kami. ya,menuntut ilmu Allah. insyaAllah semuanya dipermudahkan.
nota kaki : alhamdulillah,setiap kesulitan telah dipermudahkan oleh-Nya. semakin bersemangat belajar di akademi pengajian islam,UM apabila dapat pindah ke kolej kediaman ke12.
p/s : semakin kurang menulis kerana bimbang tersalah tulis,jadi dosa.
sedang cuba kurangkan kontroversi.
mari sama-sama perbaiki diri.
WALLAHU'ALAM.
sebenarnya apa yang aku nak cerita nih? nama pon 'spontaneous' kan.jadi inilah tajuk spontan yang aku dapat harini.HAHAHA
No comments:
Post a Comment