terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Monday, August 13, 2012

lebih baik sikit daripada tak de langsung.



Sedar tak sedar,kita dah hampir tiba ke penghujung Ramadhan.
Bagi sesiapa yang sedar tu, bagus lah. Bagi yang tak sedar lagi, bangun lah! Bangkit!
So,apa yang kita dah dapat untuk Ramadhan kali ni? Matlamat tercapai?
Apa, ingat sambut tahun baru je kena ada azam baru?


Untuk malam-malam terakhir ni, banyakkanlah amalan. Sebab apa? Sesuatu yang SANGAT ISTIMEWA menanti iaitu malam LAILATULQADR.

“lebih baik daripada seribu bulan” (97:3)

Aku bagi sedikit tips yang aku tahu. Mudah je.

-      1) Kita disarankan untuk focus pada 10 malam terakhir Ramadhan. Tapi disebabkan aku taip entri ni dah tinggal beberapa hari je nak habis puasa,so bolehlah beri tumpuan pada hari-hari terakhir ni.

-       2) Sebelum tidur tu,buat lah solat sunat lebih sikit. Pada aku,kalau kita memang jenis yang tak mampu nak bangun 2/3 malam, lebih baik buat solat sunat lepas terawih. Tak pun,masa bangun nak sahur (pastikan belum azan dan kita masih sempat bersahur)

-    2)Waktu pagi pulak, boleh buat solat sunat dhuha dan baca Al-Quran banyak. Sebab apa? Pahala dalam bulan Ramadhan ni berganda-ganda tau. Tak nak ke?

-      3) Suka diingatkan di sini, seharusnya kita doa banyak-banyak. Kalau selalu lepas solat terus cabut telekung (bagi wanita) dan sambung tengok tv,dalam bulan ni,bolehlah luangkan lama sikit berdoa. Mintalah apapun. Tak jadi masalah. Tak kena bayar pun. Sebagai seorang hamba yang lemah, tak boleh la kita sombong dengan Tuhan kita. Buat rugi je.

-         Bukankah Allah telah brfirman,
“Mintalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan permintaan kamu.”
(Surah al-Mu’min: 60)

-     4) Kemas rumah. Ini pun satu ibadah juga ye. Lebih besar pahala kalau kita tolong ibu bapa mengemas rumah.

Nampak tak? Mudahnya nak dapat pahala. Banyak lagi yang boleh kita buat sebenarnya. Kena ingat, Ramadhan datang sekali je setahun. Jadi, rebutlah peluang yang ada. Biar sedikit je usaha kita, daripada tiada langsung. betul tak?


kurangkan nafsu makan. #gambar sekadar hiasan
*perhh,, perut ni dah bunyi-bunyi lah pulak. HAHA

Suka diingatkan lagi, janganlah amalan kita terhenti dalam bulan ini je. Harap terus istiqamah.

Sama-sama sebarkan cintaNya.
Waallahu'alam.