terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Sunday, December 15, 2013

#throwback penang punya cerita



melawat ayah. untung banyak tempat lawatan. haha



kami pengembara di tanah asing


hati

wahai kamu yang pernah singgah dalam hati ini,
maaf kerana aku terlupa menghargai,
saat ini,
jangan jadi seperti aku,
mohon kamu lebih menghargai dia.
wahai kamu yang sedang berada dalam hatiku, 
terima kasih untuk kenangan,
aku rasa ini karma,
sudah, pergi lah jangan kembali lagi,
jaga dia yang telah kamu pilih.
wahai kamu yang bakal berada dalam hati ini,
walau di mana kamu berada,
cuba pilih dengan tenang,
jangan buat aku sakit,
lagi.

Thursday, October 31, 2013

kuat lah kawan!

(pandang cermin)

Aku tak faham bila dia cerita yang tidak-tidak
Itu buka aib sendiri namanya
Kau rasa ujian kau sangat berat.
Tapi cuba pandang keliling
Tengok diari orang lain sekali sekala
Baru kau sedar realiti itu terkadang memang kejam.

Jangan letakkan diri kita sama dengan orang lain.
apa yang kita rasa ringan, mungkin orang lain rasa berat.
Yang penting, bersyukur dengan apa yang kita ada.
Terima takdir ini.
Walaupun berat.

Kuat lah kawan!
Jangan jatuh sekarang.

Sampai suatu masa,
Kita akan tahu hikmah di sebalik semua tu.
Mungkin bukan sekarang.
Tapi pasti ada.
Janji Allah itu kan Benar!

-kembali kuat untuk hadapi realiti-


‘ Tak ada yang namanya kebetulan dalam Islam
 Itu ialah takdir.
Takdir yang kalau diberi pilihan,
aku memilih untuk tak pernah kenal dengan kau’
-Firma Ebrahim

panas matahari
panas lagi hati ini
eh.


Saturday, August 3, 2013

mengembara di tanah asing #2

'Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.'
(Ayat 1000 Dinar)

Rezeki kadang kala datang dari tempat yang tak disangka-sangka. Sungguh, rezeki aku merantau seketika di bumi asing, Korea. Tak terfikir pon akan sampai ke sana. Alhamdulillah. urusan dipermudahkan.




jauh berjalan,moga lebih luas pengalaman.

Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” 
(Al Ankabut : 20)





kenangan kita cipta, kita hayati, kita hargai.
moga Allah redha.

Thursday, July 18, 2013

mengembara di tanah asing #1

Assalammualaikum

Perjalanan jauh.
some said, 'untunglah.'
or others, 'jangan lupa ole-ole'.
and we said, 'rezeki kami. Alhamdulillah'
and tell you what,
we are sooooo HAPPY.

ini baru permulaan cerita.
banyak lagi mahu diberitahu.
see ya!


love from, Jeonju, South Korea.

Friday, May 24, 2013

Selagi kita ikhlas


Assalammualaikum

Persiapan suatu program di kolej.

Hampir seminggu aku dan kawan-kawan tak tidur. Sesi menyiapkan hiasan dewan. Sesi menggunting, menampal, mengoyak, membungkus, dan segala ‘me’ yang berkaitan. Selesai aktiviti gotong-royong, disambung dengan sesi makan-makan dan borak-borak. Disambung dengan sesi mengerah idea dan tenaga menyiapkan tugasan kuliah. Tak cukup dengan itu, sesi melipat kain baju.

Itu lumrah. Lumrah seorang pelajar. Tiba-tiba teringat kata-kata adik, ‘ingat senang ke nak sambung belajar?’. Ada benarnya kata-kata dia. Belajar perlukan pengorbanan.
Dan pada aku, pengorbanan ini baru sedikit. Ibarat setitik air di Laut China Selatan.

Sehari suntuk kami duduk dalam dewan. Menggantung segala macam perhiasan yang perlu. Raptai majlis. Dan macam-macam lagi. Masalah timbul, namun satu persatu berjaya diselesaikan.

Selesai sahaja program malam itu, terpancar wajah-wajah gembira para sahabat. Riak kelegaan jelas kelihatan di balik wajah keletihan mereka.

Hanya satu perkataan yang mampu menyimpulkan segala perasaan. ALHAMDULILLAH. Segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang telah mempermudahkan urusan kami.

Aktiviti mengemas kembali susunan dewan berjalan dengan lancar kerana semua sahabat ringan tulang.
Dalam keletihan, aku terfikirkan sesuatu. Sambil merenung kembali keadaan dewan yang kosong dan bersih itu,suatu perasaan muncul.

Begitu mudah kami membuang segala hiasan dewan tersebut, yang mana mengambil masa berhari-hari untuk dibuat. Gambar gantungan didinding menjadi makanan tong sampah ‘recycle’ dalam hanya beberapa minit. Sedangkan gantungan itu perlu dibuat selama seminggu. Segala buluh-buluh dan pokok hiasan dipulang ke tempat asal. Alas meja dicabut dan dilipat dengan kemas. Di satu sudut pentas kelihatan sahabat yang menyapu bermacam sampah yang ditinggalkan.

*******

Aku cuba analogikan keadaan itu kepada kehidupan realiti.

Kepuasan akan muncul setelah penat lelah.

Musim peperiksaan yang kian menghampiri. Kadang ada yang terfikir, ‘belajar punya lah berbulan-bulan, exam sehari tak sampai 3jam pon.’ Bagi yang bertungkus lumus mengulangkaji, pasti mampu tersenyum bahagia membaca slip keputusan. Namun bagi yang mengambil sambil lewa pasti berduka cita dengan keputusan mereka. Atau mungkin ada manusia yang sedang diuji, walau berusaha kuat,tetap tidak mendapat keputusan yang diingini. Di situlah kita lihat tahap kesabaran mereka. Adakah mereka bersyukur, atau terus menuju ke lembah kehancuran. AllahuRabbi

Atau mungkin kita dapat simpulkan melalui kata-kata. Di mana seseorang bersusah payah mengharungi pahit getir hidup dalam perjalannya berubah menjadi yang lebih baik. Bila ada manusia yang cuba menjatuhkan, sama ada secara lisan atau reaksi wajah, mampu menghancurkan hati. Di sinilah kita lihat adakah iman kita yang senipis kulit bawang ini mampu terus bertahan dan istiqamah dalam perjalanan kehidupan.

Tapi itulah hakikat kehidupan.

Kita selalu beranggapan bahawa setiap manusia sama dengan diri sendiri. Kita sering terlupa bahawa ujian itu datang dalam bentuk dan kadar yang berbeza bagi setiap manusia. Seperti janji Allah swt dalam surah al-Baqarah yang membawa maksud

“Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”

Bahkan Nabi Muhammad saw sendiri pernah menyebut dalam hadithnya,

Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”

(Riwayat Imam Tirmizi)

Tanpa perlu dilampirkan sebarang bukti, kita mungkin sudah cukup jelas.

Betapa mudahnya untuk menghancurkan sesuatu sehingga kita lupa bagaimana peritnya membina.
Selagi kita ikhlas, segalanya akan dipermudahkan.

ayuh, sebarkan cinta-Nya