terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Sunday, August 21, 2011

menginsafi diri


Assalammualaikum..


Bila kita rasa sunyi
Fikiran melayang jauh
Benda mengarut mula menerjah
Di situlah bermulanya cerita

skuad ERA dtg JB llga!

Assalammualaikum.


Dalam minggu lepas (aku dah lupa tarikhnya) ERA datang tau. Bukan era fazira atau era globalisasi ke hape. Tapi ni skuad ERA Perodua. Yang selalu diorangmerayau-rayau nak bagi hadiah tu.

Tak rancang pon nak kejar diorang. Kebetulan masa nak berjalan ke Bandar Baru Uda,aku TERnampak kereta era warna hijau kat tasek depan STF. Terus laju je kitorang patah balik semata-mata nak tengok. Tak ramai sangat,masa datang diorang tengah kemas-kemas.

Bila mula je,semua dapat air tin Revive Isotonic dan roti FREE!

Saturday, August 20, 2011

Cita-cita yang pelik tapi mulia :)

Assalammualaikum semua.. :)


Aku nak story mory pasal cita-cita sorang budak ni. (identity dirahsiakan)

Hari tu ada lah sekali berborak dengan dia dan beberapa orang lain. Tak perasan macam mana boleh bukak topic cita-cita ni. Bila Tanya masing-masing bagi jenis kerjaya yang biasa-biasa dan tak berapa menarik pun.

Tapi bila Tanya,dia jawab, ‘aku ada banyak cita-cita. Paling penting aku nak jadi akauntan,lepastu aku nak bukak kedai buah,jadi aku boleh jadi cashier kat kedai aku sendiri.’

Apa alasan dia nak bukak kedai buah?kenapa taknak kedai buku ke,kedai mincing ke,kedai perabot ke,bla bla bla

Dia jawab’ ‘sebab harga buah mahal la. Orang yang jual pulak kedekot kalau nak bagi asam. So,kalau aku bukak kedai buah,nanti aku bagi harga murah je. Lepastu sebelah kedai buah aku bukak tempat makan. Boleh makan buah kat situ jugak,tak payah bawak balik. J

Ok lah,boleh terima alas an tu. Cita-cita lain?

Aku nak jadi KETUA CLEANER. (ada ke?)

Kenapa pulak? Banyak-banyak kerja kau pilih ni?

Eh,kau ingat kerja cleaner tak kayak e? nanti aku kerja lah kat istana,baru boleh jadi kawan sultan. Lagipun aku ni KETUA,tak payah buat kerja. Cuma bagi arahan je.

Hah?? Macam tu pulak? Hai,,macam-macam orang dalam dunia ni kan. Tak apalah,kerjaya yang pilih tu memang pelik,tapi MULIA! Cayalah kat kau BILA.. oppsss,,tersebut nama pulak..hehe
aku membayangkan ni muka kau.hehe



Ps::teringat zaman kanak-kanak ribena,setiap masa cita-cita aku berubah. Kejap nak jadi doctor, kejap nak jadi cikgu,pernah jugak nak jadi pereka fesyen.. huahaha

sorry,,Daa~

Monday, August 15, 2011

sesuatu yang baik memang memerlukan pengorbanan

Assalamualaikum..


mesti senyum baru boleh baca..
(harap maaf,post ni lebih kepada pengaduan)

Hari ni aku macam tersedar tentang sesuatu. Sebelum ni,aku biarkan je benda ni sebab aku rasa tak de apa nak dirisaukan pun. Tapi keadaan berbeza bila situasi tu aku sendiri yang hadapi. Macam kawan-kawan aku yang lain,kami sangat-sangat sibuk dan kalut nak buat persediaan masuk universiti. Mula-mula rasa macam simple je,rupanya susah. *aku bukan sedang mengeluh.

Kena bersedia mental dan fizikal.

Sunday, August 14, 2011

ketenangan yang ku cari

Assalamualaikum




Sebelum mula membaca,aku nak bagitau Entri kali ni berunsur keinsafan oke..

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini,mari kita bercakap mengenai perkara yang baik-baik je. Hehe
Sejujurnya aku nak bagitau yang Ramadan tahun terasa sedikit kelainan daripada tahun sebelum-sebelum ni. Tak pasti kenapa. Tapi yang pasti tahun ni aku dapat rasa lebih ketenangan berbanding yang lepas-lepas. Hilang daripada berbagai tekanan dalaman dan luaran,malah aku juga rasa macam aku telah berjaya menjauhkan diri daripada anasir jahat.


Friday, August 5, 2011

5 perkara buat dan jangan waktu puasa


5 PERKARA YANG KITA TAK PATUT BUAT KETIKA BERPUASA

1.       MAKAN DAN BAU MAKANAN
Dah tentu-tentu lah masa puasa kita tak boleh makan. Dan lagi satu yang kadang-kadang kita terlupa ialah bau makanan. Puasa kita boleh jadi batal SEKIRANYA bau makanan dengan penuh nafsu secara sengaja. Contohnya kalau kita masak untuk berbuka awal,siap je masak kita sengaja duduk dekat meja makan untuk bau makanan. Macam cerita P.Ramlee pulak,bau makan saja,ana boleh kenyang da. :p

2.       MENGUMPAT
Ini satu lagi masalah Negara. Selalu dikaitkan dengan perempuan. Tapi secara tak sedar,lelaki pon boleh tahan jugak kalau mengumpat ni. Cara mudah nak elak daripada kita TERmengumpat ialah tidak bercerita mengenai musuh kita walau sedikit pun sebab selalu kita mengumpat mesti tentang orang yang kita benci. Kalau benda yang kita cakap tu tak betul,boleh jadi fitnah. Fitnah lebih teruk daripada membunuh. Jadi,lebih baik kau bunuh je aku daripada kau tabur  fitnah. (ayat kawan aku selalu cakap) *ok,aku terasa  -_-‘

selamat berpuasa semua!