5 PERKARA YANG KITA TAK PATUT BUAT KETIKA BERPUASA
1. MAKAN DAN BAU MAKANAN
Dah tentu-tentu lah masa puasa kita tak boleh makan. Dan lagi satu yang kadang-kadang kita terlupa ialah bau makanan. Puasa kita boleh jadi batal SEKIRANYA bau makanan dengan penuh nafsu secara sengaja. Contohnya kalau kita masak untuk berbuka awal,siap je masak kita sengaja duduk dekat meja makan untuk bau makanan. Macam cerita P.Ramlee pulak,bau makan saja,ana boleh kenyang da. :p
2. MENGUMPAT
Ini satu lagi masalah Negara. Selalu dikaitkan dengan perempuan. Tapi secara tak sedar,lelaki pon boleh tahan jugak kalau mengumpat ni. Cara mudah nak elak daripada kita TERmengumpat ialah tidak bercerita mengenai musuh kita walau sedikit pun sebab selalu kita mengumpat mesti tentang orang yang kita benci. Kalau benda yang kita cakap tu tak betul,boleh jadi fitnah. Fitnah lebih teruk daripada membunuh. Jadi,lebih baik kau bunuh je aku daripada kau tabur fitnah. (ayat kawan aku selalu cakap) *ok,aku terasa -_-‘
3. TIDUR BERLEBIHAN
Bila puasa,kita mesti akan rasa penat. Nak-nak bila 2petang,waktu tu pulak tengah hujan lebat,sejuk,tak boleh buka televisyen sebab kilat. Jadi perkara yang paling SYOK buat ialah TIDUR. Memang betul kalau sebelum Zuhur tidur,TAPI pukul 12tengah hari sampai 1 petang je. Bukan lepas sahur,sampai waktu Zuhur. Itu melampau namanya. Kalau tidur pagi-pagi,nanti rezekinya dipatuk ayam.. J
4. KOREK HIDUNG SECARA SENGAJA
Kebiasaan yang perlu dielakkan ketika sedang berpuasa. Kau kalau nak sangat koreng hidung tu,tunggulah malam karang. Takde siapa nak marah. Tapi,sebenarnya kalau setakat korek sikit-sikit kat luar hidung,tepi-tepi hidung tu untuk tujuan bersihkan diri,tak batal lah puasa tu. Kecuali kau sengaja nak korek DENGAN NIAT nak batalkan puasa. Confirm batal.
5. MEMBAZIR
Aku tau bila tiba pasa,benda yang paling ditunggu-tunggu ialah bazaar ramadhan. Aku pon tak sabar nak pergi tengok makanan yang banyak sampai rambang mata nak beli. Tapi kita kena ingat,puasa ni untuk meleatih kita supaya lebih ingat kepada saudara-saudara yang kesusahan. Tak salah nak pergi bazaar,tapi beli apa yang kita betul-betul nak makan. Jangan sampai terlebih sudah,lepastu terpaksa buang. Berlakulah pembaziran. Ish..ish..ish..
ni bukan makan,melantak namanya
5 PERKARA YANG KENA BUAT
1. SOLAT TERAWIH
Bulan Ramadhan ni jela kita berpeluang nak solat terawih. Kalau bulan lain,mana ada lagi. Jadi kalau siapa-siapa yang berkesempatan pergi masjid,buatlah solat terawih berjemaah. Lebih afdal dan berlipat kali ganda ganjarannya tau. Tapi kalau dah memang tak boleh nak pergi masjid,buat terawih kat rumah pon boleh. Tak salah,janji kita nak buat. ALLAH MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU WALAUPUN TERSEMBUNYI. J
2. KAWAL NAFSU
Nafsu ni banyak jenis. Nafsu makan,penglihatan, pendengaran,dan banyak lagi. Walaupun syaitan semua dah kena ikat,tapi kita perlu berperang meawan nafsu dalam diri kita ni. Nafsu makan ni memang terang-terang semua tahu. Beli makanan jangan ikut nafsu sampai membazir. Nafsu penglihatan pulak,jangan teruja sangat dengan jualan murah yang ada diskaun-diskaun tu sampai kau lupa diri. (nak raya,memang banyak kedai buat sale) nafsu pendengaran macam yang aku ada cakap kat atas,jangan mengumpat dan jangan mendengar orang mengumpat.
3. BERSEDERHANA
Dalam semua perkara pon kita kena sentiasa bersederhana. Kalau keluar pergi bazar tu,tak payah lah nak vogue sangat sampai semua orang tengok kau. Malu tau. Lepastu kalau pergi shopping raya pon,tak payahlah beli baju raya mahal-mahal kalau kita ni memang jenis tak rajin pakai baju kurung. Membazir kalau beli mahal-mahal padahal pakai sekali dua je.
walaupun diskaun,jangan jadi tamak..huhu
4. BERSABAR
Apa saja yang kita buat sepanjang dalam bulan Ramadhan ni,sentiasalah bersabar. Kalau ada orang buat masalah dengan kita pun,banyak-banyak bersabar. Kalau adik cari pasal nak bergaduh pun,sabar. Jangan cepat melenting sebab orang yang sabar disayangi Allah..:)
5. SENYUM
Sentiasalah senyum kerana SENYUM ITU SATU SEDEKAH. Tak payah susah-susah keluarkan duit untuk bersedekah. Senyum je,dah dapat pahala sedekah. Lagpun,kalau kita sentiasa senyum,sejuk mata memandang,tak adalah sampai timbul prasangka buruk kan. Tapi tengok keadaan juga,jangan senyum tiba-tiba kat orang yang kau tak kenal.karang orang cakap au gila pulak.hahaha
Ok lah. Ini je yang sempat aku kongsikan harini.apapun,
SELAMAT BERPUASA dan SEMOGA SETIAP AMALAN KITA DITERIMA OLEH-NYA.
AMIN
SELAMAT BERPUASA dan SEMOGA SETIAP AMALAN KITA DITERIMA OLEH-NYA.
AMIN
No comments:
Post a Comment