terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Saturday, July 30, 2011

DATARAN MERDEKA semakin cantik!!

Assalammualaikum..

Petang tadi aku pergi jalan-jalan dengan family,almaklumlah cuti kan. Kami malas lah nak jalan ke Bandar Johor,sebab memang tau dah,mesti jalan jem! Jadi masa nak berjalan,ibu pun bagi cadangan ‘jom kita pergi tengok dataran merdeka nak tak?’ tapi kami masing-masing buat muka sebab dah pernah pergi berjogging kat situ. Waktu tu memang tak puas hatilah sebab tasek dia tak bersih dan tak ada apa-apa yang menarik.

Tapi…

Kami sangat-sangat terkejut sebab keadaan dah berubah.. TOTALLY DIFFERENT!

Dulu tasek kotor dan berbau. Tapi sekarang dah cantik,bersih dan tak berbau langsung.
Dulu keliling dataran Cuma ada bangunan konkrit yang cantik tapi dah lama. Sekarang bangunan dah penuh dengan bunga-bunga,hiasan ringkas dan menari,dan penuh dengan pokok-pokok yang semestinya baru je ditanam.hehe Siap ada kuda,basikal (besar:rm5,kecik:rm3),dan benda terapung yang boleh kayuh-kayuh(aku tak tahu nama dia).. kira tak rugilah kalau korang nak datang.

Sebenarnya pagi tadi memang ada perasmian dataran tu,jadi tempat tu dihias cantik la. Patutlah tiba-tiba cantik -_-‘

Friday, July 22, 2011

i'm proud to be me!

Assalammualaikum..

Entri kali ni nak catat sikit-sikit je. Walaupun dah lama gile tak tulis apa-apa sebab kemalasan yang melanda..hahaha

Minggu lepas,aku dan kawan-kawan aku pergi melawat sekolah lama kami. Sebenarnya tujuan utama kami pergi sana sebab nak uruskan beberapa dokumen (weyh,bukan dokumen la,tapi sijil je). Kami juga plan nak jamu cikgu kek resepi rahsia AIDIL sebagai tanda penghargaan. Tapi plan memang lari la,disebabkan masalah-masalah yang tak dapat dielakkan. Aku TERbangun lambat,jadi kejap je kat sekolah -_-“

Saturday, July 9, 2011

hari lahir,SAHABATku!

Assalamualaikum..

Entri kali ni KHAS buat BIRTHDAY GIRL HARI NI-10 Julai 2011
Siapa? Siapa?

Hah,one of my seriously bestfriend ever!! ------à>>MYDA yg sangat comel dan cweet cangat(ayat matlufi.hehe)

Tahun ni aku tak dapat nak sambut birthday dia,sebab kekangan masa dan jarak yang sangat jauh pulak. Bila tiba birthday myda ni,aku mesti teringat kejadian tahun lepas. Cara kitorang sambut birthday dia tahun lepas memang pelik oke. Rasa macam tak nak ingat,tapi kalau ingat pasal tu,kelakar pon ada. Orang  selalu sambut birthday bagi hadiah ke, belanja makan ke, bagi tepung+telur ke(tapi ni bukan cara kitorang.) tapi,apa yang kitorang bagi tahun lepas? Kitorang bagi dia nangis puas-puas,sampai aku pon nangis gak. Adehh,,susah betul nak kenakan dia ni tau.haha

Tapi,secara jujur,,aku bagitahu yang myda ni memang baik gilerrrrr tau..lemah lembut, suka budak-budak, suka binatang(apa dah), ringan tulang,, memang A la!

Untuk myda:

Aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat kau sebab selalu tolong aku masa waktu sekolah sampai lah sekarang dan selalu bawak aku naik motor kau yang best tu meronggeng keliling BT. Walaupun banyak kejadian berlaku antara aku,kau dan motor tu. Aku ingat lagi masa tayar motor kau pancit,dan aku terpaksa ditinggalkan seorang diri di situ sementara kau tolak motor balik rumah. Memang seram tau,tapi sepantas kilat kau pergi mintak bantuan orang ambik aku. Perh,aku memang hargai gile waktu tu tau. :’)

Lagi,,tiap kali kita merempit masa balik sekolah. Motor kau mesti boleh kalahkan motor budak-budak ni yang selalu cari pasal nak lumba kan. Motor Wira kau tu memang ‘power’ la,termasuk yang bawak pon power,dan yang membonceng pon.-nak gak sebok..hee

Cerita yang boleh buat aku ketawa,,masa kita balik sekolah,bila ada lori besar giler lalu,rasa macam nak terbalik je kan. Padahal kita bukan laju mana pun..(pernah ke kau bawak motor tu slow?haha) kalau aku ingat confirm aku gelak guling-guling sebab helmet kau pon boleh beralih. Kemain lagi kita gelak,padahal masing-masing berderau takut+terkejut.huhu

Kau ingat lagi tak masa mula-mula aku naik motor dengan kau? Masa tu memang ada trauma sikit nak naik motor,lagi-lagi pakai baju kurung. Kau bawak slow je biar aku tak takut sangat nak sampai rumah. Lepas dua tiga kali naik motor dengan kau,bila aku dah tak takut,kau mula bawak laju. Lepas tu memang susah la nak tengok kita naik motor pelan-pelan lagi kan. Lagi-lagi bila kita dah terlambat nak pergi kelas Ustaz(kenapa ustaz?),ingat tak betapa lajunya.. Tambah pulak bila ada geng dengan Su dan Nell memang merempit je keje tiap petang,makan-pisang-tepi-tasek sambil main brek-brek depan handbag..memang tak leh bla! Syok tak hengat time tu.hahaha

Pernah sekali dua bila kita balik,waktu hujan. Kita main redah je kan. Sampai masing-masing menggigil kesejukan sebab laju sangat dan basah kuyup. Tapi tak kisah asalkan sampai rumah.hahaha itu belum cerita pasal kita sanggup berhenti tepi jalan sebab ada hanjing,langgar burung lagi.

Hish,,memang susah nak habis lah kalau cerita pasal kau ni myd.. Sebab kau selalu tolong aku,dan buat aku rasa terharu sangat-sangat. Padahal aku selalu gilerrr menyusahkan kau kan. Sampai aku pun kadang-kadang tak faham,kenapa kau susah nak marah aku yang memang selalunya bersikap agak menjengkelkan.. *aku sedar.. tapi,kau selalu sokong aku. Bila aku dengan selamba tuduh kau buat benda jahat pun,kau masih tak marah aku.kalau aku jadi kau,dah lama aku pulaukan orang yang cari pasal dengan aku. Tapi itulah bezanya kau dengan aku. Susah nak jumpa kawan macam kau lagi kan.

Adehh,,dah jadi entri sedih pulak ni kenapa?huhu

Tak apalah,tapi aku tau apa kau akan cakap ‘ITULAH GUNANYA KAWAN’.. :’)

Aku diberikan anugerah yang besar sebab dapat kawan sebaik dan sehebat kau!! Weyh,aku SAYANG giler kat kau tau tak..haha

Sebelum berakhir,aku,wakilkan kawan-kawan kita yang lain dan seluruh keluarga aku nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke-20 khas untuk HAMIDAH. Semoga dipanjangkan umur, dilimpahi rezeki yang halal, dipercepatkan jodoh,dan mendapat kejayaan cemerlang dunia akhirat.

antara gambar gila-gila kami:::
hari terakhir persekolahan T_T

muka kita ni memang pantang nampak kamera

ke ep si..:)


 4 serangkai..
 ...
 :')
 n_n

sebenarnya banyak lagi gambar aku nak letak,tapi simpan jela.hahaha =p

Sama-samalh kita berdoa:::

Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu

dan berubahnya kesejahteraanMu
dan mendadaknya seksaMu
dan berbagai macam murkaMu.


Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya

dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya,
sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya.
Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya.
Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya
dan ampunkanlah dosa-dosanya.




Ya Allah,

aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga.
Ya Allah perkenankanlah permohonanku.




Ya Allah…

Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan
dan apa yang aku perlihatkan,
maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya.
Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya


Amin ya rabbal’alamin..
(n_n*)

doa lebih panjang aku jumpa kat [sini]


...

09 julai 2011

Assalamualaikum..

Hari ini merupakan Hari Lahir satu-satunya adik lelaki aku,NAIM. Genap 13tahun dah adik bongsu aku sorang ni ye. Kejap je masa berlalu,macam tak rasa bila masa kau membesar sebab hari-hari depan mata.hehe


naim masa kecik-kecik dolu..hee

Ingat lagi tak? Masa kau kecik-kecik dulu,aku dengan kakak termasuk Byla suka gile usik kau kan.. Masa hantar kau pergi sekolah,dengan selamba kitorang lambai dan cakap ‘bye naim!!!’ kuat-kuat sampai semua orang tengok,saje nak buat kau malu. Tapi dulu kau kecik lagi,takde perasaan pun.haha Lepastu masa gadoh dengan kau,kalau setakat pukul, tarik-tarik rambut(ada ke?), masam muka, dan macam-macam lagi,biasalah tu. Yang pasti,semua tu gurauan adik-beradik je kan. Tak makan dalam pon..hehe

Apapun,aku tak nak tulis banyak-banyak sebab naim bukan rajin membaca sangat.(weyh,sempat lagi kau kutok dia,padahal ni entri khas untuk dia..) *memang tak dapat dielakkan.heee

Hadiah,postpone dulu tau.hahaha

Akhir kata,, kitorang nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat NAIM yang ke-13 tahun. Semoga hari lahir tahun ini membawa seribu tambah sejuta kali kebahagiaan, kejayaan, kecemerlangan, kemurahan rezeki, dan semua ke- lagi la.. =p

Tak nak cakap banyak,nil ah wajah-wajah BIRTHDAY BOY kesayangan kiterrrrr…hehehe

macam tersepit je naim tu.maklumlah,kakak-kakak dia memang pantang bergambar.hehe

naim muka yang sangat tak puas hati

alahai,,manjanya anak ibu ni *hihi

sori,banyak gambar aku lak.haha

muka nak bagi makan sudu je ni.hehe

gelagat naim yang di-candid..hihi

pesanan naim:: ingat bersih,ingat naim..haha :p

love::semua

Wednesday, July 6, 2011

Itulah pentingnya pendidikan..ada paham?!


Assalammualaikum w.b.t

Aku nak bercerita sikit. Betul ni,sikit je. MUNGKIN tak akan ambil masa yang lama untuk baca dan fahamkan.

Mak aku selalu pesan, kalau bercakap,mesti dengan orang yang betul. Maksudnya macam ini lah,kalau nak tanya pasal sekolah,jangan tanya makcik yang jual-pisang-goreng. Tapi kenalah tanya cikgu-cikgu,atau siapa-siapa yang berkenaan. Sebabnya,kalau kita tanya makcik jual-pisang-goreng,dia mesti cakap “Tak payah belajar tinggi-tinggi sangat,nanti dah kahwin,masuk dapur jugak. Macam makcik la.”

Betul tak apa yang aku bagitau ni?hah,,betul kan?(sila cakap betul!)hehe
Masa aku mintak berhenti kerja haritu, ada orang tanya aku tentang MASA DEPAN aku. Cehh,tak boleh bla ayat aku ni.haha  Lebih kurang macam inilah perbualan kami.

Orang: nak sambung belajar ke? Mohon mana?
Aku: macam-macam mohon. UM,UPM,UIAM. Tapi tak tahu lagi dapat yang mana. Tengok rezeki lah. J
Orang: sambung diploma ke degree?
Aku: degree terus sebab lepas STPM kan.
Orang: owh,kalau macam tu awak rugi lah.
Aku: kenapa?
Orang: yela,sebab awak tak dapat ambil diploma.
Aku: eh,tak pelah. Kan bagus,lagi cepat. Terus ambil degree. Masa pon tak banyak buang.
Orang: tak lah. Awak rugi sebab nanti terus sambung degree.rugilah awak tak dapat ambil diploma.
Aku: (masih nak mempertahankan diri) bukanlah,budak lepasan STPM ni kan untung sebab terus dapat degree. Kalau diploma,kena tunggu sampai 3tahun. Lagipun,saya dah ada sijil STPM kan.
Orang: sijil STPM lain,diploma lain. Yang penting awak rugilah nanti.
Aku: … (lantak kau lah labu) -_-''

Erm,,sebenarnya banyak situasi yang buat aku agak marah dengan kata-kata orang sekeliling ni. Kadang-kadang ada mereka-mereka ni memang tak faham atau saja buat-buat-tak-faham,aku pon tak faham.haishh
Aku malas nak marah sebab memang faktanya ramai orang tak tahu haluan sebenar budak STPM ni. Diorang ingat kami-kami ni memang tak bercita-cita untuk sambung belajar lagi. Saja habiskan masa dekat sekolah sebab tak dapat tawaran uni. Tapi FAKTAnya,semua tu salah. Kami-kami inilah yang mudah masuk uni dan peluang memang cerah KALAU betul-betul belajar. Kalau tak percaya,Tanya budak-budak lepasan matrix yang nak ambil kos cikgu(terutamanya)mereka PERLU bersaing secara sihat dengan budak-budak lepasan STPM. Sebab hakikatnya pensyarah-pensyarah memang suka ambil budak STPM. Aku tak tipu tau!

Entri ni khas buat siapa-siapa yang memandang rendah terhadap kami-kami,budak lepasan STPM ni,tolonglah ubah fikiran kalian itu..

Ok,sekian, terima kasih. J

Mood semasa menaip::macam nak marah..

Nota:perasan tak,aku banyak gunakan kata ganda kat sini? Sebenarnya aku pun tak sengaja,tapi sedap pulak bunyi nya..hehe layan sajalah~

Friday, July 1, 2011

accident!!!

assalammualaikum semua...


harini aku nak cerita sikit pasal kejadian yang baru-je-pagi-tadi menimpa aku.. aku alami satu kemalangan. tak teruk mana sebab kereta je yang kemek. sebenarnya aku baru je dapat lesen kereta (yeah,walaupun dah lama bawak..shhh,,hehe). kira aku ni beginner la kan?kan?walaupun dah kantoi sekali sebab TER-langgar lampu isyarat kuning..kali kedua ambil lesen,ternyata rezeki menyebelahiku..huhuhu

ok,back to the topic.. lepas aku hanta kakak pergi kerja,(kakak yang bawak),masa nak tukar tempat duduk tu,aku baru je bangun,tiba-tiba lori kat sebelah aku dengan penuh yakin dia undur kereta laju je. then,,aku yang berdebar tak sempat buat apa-apa TERPAKSA menyaksikan lori tu duuummmmm!!! langgar tepi kereta.. Tuhan je tahu betapa takutnya aku pada ketika itu.. kakak yang nak masuk kerja terus patah balik. memang sah la dia yang salah sebab undur tak tengok kanan.padahal kereta aku statik je kat situ.
aku tak berani buat apa-apa masa tu. kakak yang uruskan. masa tengah buntu nak buat apa,kakak suruh tunggu sekejap sebab dia nak masuk dalam kejap.
orang tu datang bagi kad dan cakap 'ini kad saya,kalau ada apa-apa telefon je. tak ada masa lah saya nak tunggu!' 
aku tergamam,biar je dia pergi. kakak suruh balik je,lepastu aku sampai rumah memang tak terkata apa la. gigil+trauma+terkejot yang amat sangat.

ibu telefon orang tu,dia dengan sungguh-sungguh cakap yang dia tak salah. dia cerita macam ni 'anak cik yang salah sebab masuk masa saya tengah parking,,' memang dia tak nak mengaku lah.tapi apa boleh buatkalau dia bohong,dialah yang berdosa kan..Tuhan tahu apa yang berlaku.


melayang lah duit ibu kene repair kereta. tapi ibu cakap,duit boleh cari,kalau nyawa macam mana?betul jugak la..

hurrmm,,ni salah satu ujian untuk aku yang baru-je-dapat-lesen..tak apa,aku mesti kuat!


sekian,terima kasih..:)

untuk semua:: doakan lah aku tak trauma nak bawak kereta lagi lepas ni.. -_-'