terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Wednesday, July 6, 2011

Itulah pentingnya pendidikan..ada paham?!


Assalammualaikum w.b.t

Aku nak bercerita sikit. Betul ni,sikit je. MUNGKIN tak akan ambil masa yang lama untuk baca dan fahamkan.

Mak aku selalu pesan, kalau bercakap,mesti dengan orang yang betul. Maksudnya macam ini lah,kalau nak tanya pasal sekolah,jangan tanya makcik yang jual-pisang-goreng. Tapi kenalah tanya cikgu-cikgu,atau siapa-siapa yang berkenaan. Sebabnya,kalau kita tanya makcik jual-pisang-goreng,dia mesti cakap “Tak payah belajar tinggi-tinggi sangat,nanti dah kahwin,masuk dapur jugak. Macam makcik la.”

Betul tak apa yang aku bagitau ni?hah,,betul kan?(sila cakap betul!)hehe
Masa aku mintak berhenti kerja haritu, ada orang tanya aku tentang MASA DEPAN aku. Cehh,tak boleh bla ayat aku ni.haha  Lebih kurang macam inilah perbualan kami.

Orang: nak sambung belajar ke? Mohon mana?
Aku: macam-macam mohon. UM,UPM,UIAM. Tapi tak tahu lagi dapat yang mana. Tengok rezeki lah. J
Orang: sambung diploma ke degree?
Aku: degree terus sebab lepas STPM kan.
Orang: owh,kalau macam tu awak rugi lah.
Aku: kenapa?
Orang: yela,sebab awak tak dapat ambil diploma.
Aku: eh,tak pelah. Kan bagus,lagi cepat. Terus ambil degree. Masa pon tak banyak buang.
Orang: tak lah. Awak rugi sebab nanti terus sambung degree.rugilah awak tak dapat ambil diploma.
Aku: (masih nak mempertahankan diri) bukanlah,budak lepasan STPM ni kan untung sebab terus dapat degree. Kalau diploma,kena tunggu sampai 3tahun. Lagipun,saya dah ada sijil STPM kan.
Orang: sijil STPM lain,diploma lain. Yang penting awak rugilah nanti.
Aku: … (lantak kau lah labu) -_-''

Erm,,sebenarnya banyak situasi yang buat aku agak marah dengan kata-kata orang sekeliling ni. Kadang-kadang ada mereka-mereka ni memang tak faham atau saja buat-buat-tak-faham,aku pon tak faham.haishh
Aku malas nak marah sebab memang faktanya ramai orang tak tahu haluan sebenar budak STPM ni. Diorang ingat kami-kami ni memang tak bercita-cita untuk sambung belajar lagi. Saja habiskan masa dekat sekolah sebab tak dapat tawaran uni. Tapi FAKTAnya,semua tu salah. Kami-kami inilah yang mudah masuk uni dan peluang memang cerah KALAU betul-betul belajar. Kalau tak percaya,Tanya budak-budak lepasan matrix yang nak ambil kos cikgu(terutamanya)mereka PERLU bersaing secara sihat dengan budak-budak lepasan STPM. Sebab hakikatnya pensyarah-pensyarah memang suka ambil budak STPM. Aku tak tipu tau!

Entri ni khas buat siapa-siapa yang memandang rendah terhadap kami-kami,budak lepasan STPM ni,tolonglah ubah fikiran kalian itu..

Ok,sekian, terima kasih. J

Mood semasa menaip::macam nak marah..

Nota:perasan tak,aku banyak gunakan kata ganda kat sini? Sebenarnya aku pun tak sengaja,tapi sedap pulak bunyi nya..hehe layan sajalah~

2 comments:

Anonymous said...

Haha ! Betul ni. Takde gunanya bercakap dgn org yg tak tau menahu. Mmg pandangan orang terhadap yg amik STPM dan amik form six ni adalah budak yg xdpt offer dip----> ingat yg amik stpm semua budak spm keputusan xbagus. Dia tak tau padahal kita dapat 5, 4 A dalam spm, ada dlm kalangan kita bekas budak skola sains lagi kan, macam sashi. Yg amik dip tu kekadang spm setakat 1, 2 A je pun.. hishhh emo lak. hohoho

Anyway! Memang betullah. Time pergi interview degree hari tu kan saing dgn budak dip dan asasi. Budak asasi LAW sendiri yg cakap "Actually kitorang lg respect budak STPM, lecturer pun selalu comparekan kitorang dgn budak STPM."

:)

nad said...

hah,betul kan.. masa mula-mula orang tu tanya,nad geram gitu-gitu je. lepastu buat-buat tak tahu. tapi lama-lama makin ramai pulak yang cakap macam tu..rasa sakit hati pon ada..haha

nad tau pasal tu pon sebab nell la yang cerita lepas interview kat uitm kan..btw,thanx la.baru bukak sikit mata orang..hehe :)