Assalammualaikum
Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih bernafas hingga ke hari ini.. ALHAMDULILLAH
Minggu lepas merupakan minggu pertama kami (mahasiswa tahun pertama) memulakan kuliah. Aku rasa sangat teruja dan bersemangat nak masuk kuliah. Berita baiknya,roommate aku belajar di fakulti yang sama iaitu Akademi Pengajian Islam atau kat sini lebih terkenal dengan panggilan API. Jadi,tiap-tiap pagi aku dah ada geng naik bas sama-sama,sarapan sama-sama,jalan kaki sama-sama,panjat tangga sama-sama,beli buku sama-sama,dan kena tinggal bas sama-sama..-_-‘
Lagi satu berita baik,kelas aku isnin sampai khamis je. Jadi,jumaat aku boleh ‘meronggeng’ atau merayap la. Sangat seronok!hahaha
Baru seminggu kuliah,aku dah berkobar-kobar nak balik.
Gunakan alasan nak balik ambil baju dan buku-buku yang tertinggal. Padahal baju yang dah ada pun tak terpakai lagi.hahahaPlan asal dah lari. Semua disebabkan kakak yang telah cabar aku. Bayangkan lah,dia boleh cakap aku ni penakot sebab tak nak balik sendiri. Memang hangin la kan. Jadi,aku ambil keputusan untuk balik Johor sendiri. Tak ada geng nak balik saing.
3 petang,aku melangkah keluar bilik menuju ke pagar kolej kediaman ke-4.(maaf kalau ayat aku sangat skema) Ada kereta perdana yang dipandu seorang lelaki india,berborak dengan aku sekejap. Tiba-tiba dia ajak tumpang sekali sebab arah perjalanan kami yang sama. Mula-mula memang aku tak nak naik,takot woo.. Tapi bila fikir-fikir,aku sendiri tak tau nak naik apa pergi puduraya,aku pun TAWAKAL,naik je kereta tu. Lagipun kereta tu ada logo UM,orang tu pun pakai baju lambang UM.
Sepanjang perjalanan tu,aku tak berhenti bercakap sebab sebenarnya aku takut. Mana tahu dia orang jahat ke,tapi aku memang serah semuanya kepada Allah. Alhamdulillah,aku selamat sampai kat Bangsar. Naik bas,berhenti di Central Market. Berjalan kaki menuju ke Puduraya. Tapi dah sampai hujung jalan,aku boleh stuck kat situ,tak jumpa pon Puduraya. Nasib baik ada orang kat situ untuk ditanya. Memang tak terkira berapa orang yang jadi mangsa aku kena tunjuk jalan. Hahaha Terbuktilah bahawa rakyat Malaysia sangat BAIK HATI. Bangga menjadi rakyat Malaysia. J
Nota kecik:: ibu pesan jangan bercakap dengan orang yang kita tak kenal,jangan jalan sorang-sorang. Tapi aku sangat degil,tak dengar cakap ibu.. jangan tiru macam aku! L
Bila sampai kat Puduraya,aku beli lah tiket. Rupanya semua bas ke Selatan dah di letakkan di TBS(terminal Bersepadu Selatan) kat BTS(Bandar Tasek Selatan). ßtak kisahlah korang nak sebut TBS ke BTS ke janji korang faham..
Aku perlu naik LRT untuk pergi TBS. memang sesak gila ok. Nasib baik tiket aku 6.30petang. jadi aku ada masa nak jalan perlahan-lahan. Lepas solat Asar,aku terserempak budak yang pakai beg UM. Bila tegur,rupanya tu budak yang aku kenal dari facebook, Zafira. Setelah sekian lama kenal secara maya,tak sangka boleh jumpa kat TBS.hahaha
tengoklah betapa sesaknya tempat ni. (TBS)
aq bersama tiket bas Transnasional =)
11malam,baru sampai Johor. Aku dengan ibu terus pergi kedai makan. Aku dah kelaparan gila sebab lupa makan tengah hari. Sepanjang makan,aku membebel je. Kesian kat adik-adik aku sebab jadi mangsa kena belajar cheers. Sori la..hehehe :P
Mood:: Sangat seronok sampai rumah.
Khas untuk kakak:: AKU TAK PENAKOT NAK BALIK SENDIRI TAU!
Nota kaki: Nasib baik aku beli tiket awal,kalau lambat memang tengah malam la aku sampai rumah..huhu
No comments:
Post a Comment