terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Thursday, June 16, 2011

Slot Samarinda di tv3::Annissa


...
Cerita ni bukan baru keluar,agak lama jugak la. Cuma aku je baru tertengok beberapa minggu ni. Bagi siapa-siapa yang suka tengok drama bersiri, bolehlah kalau nak layan cerita ini.

Aku bukan nak cerita sangat pasal drama ni,Cuma nak kaitkan dengan reality. Secara ringkasnya,drama ni tentang 4sahabat yang jalankan perniagaan berasaskan kain. Timbul konflik dalam diri masing-masing sampai menyebabkan pecah-belah. Mula apabila Sara(aida aris) tinggalkan syarikat sebab sakit,tapi tiada siapa tahu. Ana(fiza) selalu curiga yang suami dia, Farid(zamarul hisyam) kahwin lain. Balkis(rozita) kawan baik yang sangat dipercayai Ana sebenarnya madu kepada Ana sendiri. Shila(faradhiya) berusaha untuk merampas semua duit dalam syarikat tanpa meninggalkan bukti langsung,sangat licik. Kalau sekarang ada yang nak tengok,cerita ni tengah sampai part mendebarkan la sebab Balkis mengandung. Apa agaknya jadi pada Ana kalau dia tahu kebenaran tu?

Apa yang aku nak tegaskan kat sini,tentang KEPERCAYAAN. Memang betul ada orang cakap,jangan terlalu percayakan orang sebab kita tak boleh baca isi hati orang lain kan. Macam cerita tu,kawan baik dia yang selalu dia mengadu masalah,yang sangat dia percaya,dalam diam-diam tikam dia dari belakang. Memang bunyinya agak kejam. Tapi inilah reality hidup. Kadang-kadang oreang kepercayaan kita sendiri sebenarnya musuh kita. Sebab tu kalau dalam perniagaan tidak digalakkan buka perniagaan dengan kawan atau saudara sendiri. Takut bila ada apa-apa jadi,kita tak Nampak kesalahan pada kawan kita tu. (aku tak belajar pasal bisness,tapi aku pernah dengar orang cakap pasal ni.maaf kalau salah info)

Seram pulak bila tengok cerita macam tu. Memang wujud pun orang macam balkis dengan Farid tu. Dunia ni makin lama,makin kejam aku rasa. Sakit hati tengok cerita ni,tapi aku layan jugak sebab lagu-lagu dia memang best! lagu daripada Ning,Jac dan Shila. the best!!

Apa-apa pun,aku yakin masih ada orang baik yang kita boleh percayakan. Sangat bertuah sesiapa yang diketemukan dengan orang-orang yang betul-betul ikhlas berkawan ni. J
*akulah yang bertuah tu*

Mari kita layan promo drama ni kejap.

...

No comments: