terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Saturday, October 22, 2011

Kenapa kadang-kadang orang lebih suka berjalan sendiri berbanding berjalan dengan kawan-kawan

Assalammualaikum semua

Salam sejahtera

Salam 1Malaysia
(semangat ni)

Harini aku rasa macam bagi satu perkongsian

Kenapa kadang-kadang orang lebih suka berjalan sendiri berbanding berjalan dengan kawan-kawan.

1         Jimat
Kenapa aku kata jimat? Cuba korang fikir,kalau korang jalan dengan kawan-kawan,tetiba lah seorang kawan korang tu,A nak beli KFC. Korang yang lain pun mesti ikut sekali,betul tak? Lepas tu,tetibe kawan korang yang lain pulak,B jalan-jalan teringin nak makan aiskrim McDonald. Tak kan lah korang yang lain ni dok tengok je. Mesti korang pon join beli aiskrim tu. Nak nak B mengidam Tutti Fruitti ke. Hah,memang habis lah duit korang berjalan. TAPI kalau berjalan sorang-sorang,korang dah boleh nak bajetkan apa nak beli. Kira nafsu tu tak banyak lah. =)

2         Tak ada rasa sakit hati
Korang jalan berempat (contohnya lah). Korang dah plan sebelum pergi tu,nak pergi jalan-jalan dalam 2 jam je. Tanpa disangka-sangka kawan korang si A rupanya seorang yang berjalan lambat. Si B pulak banyak barang nak beli. Perjalanan yang hanya memakan masa 2 jam boleh jadi 4 jam,dan berjam-jam. Secara tak sedar,korang akan rasa sakit hati walaupun luaran korang cakap “tak pe” tapi monolog dalaman berkata, “abes plan aku semua lari. Aku nak kena basuh baju, study lagi. Ni semua korang punya pasal!


3         Gembira
Percaya atau tidak,bila korang jalan sorang-sorang,korang akan rasa lebih gembira dan puas hati. Kenapa? Sebab bila kita jalan dengan orang lain,kadang-kadang kita tak dapat pergi tempat yang kita suka. DAN,,lagi malang kalau kita terpaksa ikut diorang pergi tempat yang diorang suka. Contoh situasi:

Aku: jom main boling.(suare excited terlebih) hehe
Kawan: tak nak lah. Baik kita karok. Jom. (karok=karaoke)

…dengan penuh yakin,dia pergi tempat karaoke tanpa mintak pendapat kita…
Bila situasi macam ni jadi pada korang,korang boleh rasa happy ke berjalan?mesti sedih je sebab tak dapat buat apa yang korang nak kan?huhu (bende ni selalu jadi kat aku -_-‘’ )

TAPI…

Ada baiknya jugak kalau dapat jalan dengan kawan-kawan tau.. (aku tak nak la berat sebelah)
1.  Jimat jugak sebab boleh share tambang teksi.

2.  Selamat sebab tak terdedah kepada bahaya terutamanya kalau kita berjalan dekat tempat yang kita jarang pergi. Tak delah sesat sorang-sorang. =)

3.  Ada teman berborak dan cuci mata.. (itu pun kalau dapat kawan yang sama kepala lah)

Ok lah,itu je aku nak kongsi hari ni. Kalau ada lagi,aku tambah la ye. =)

Nota kaki: geram dengan orang yang tak nak teman aku pergi jalan.. -_-'


No comments: