Assalammualaikum semua
...
(sambungan entri yang lepas jugak)
Walaupun pagi sampai ke petang aku dah berjalan,aku masih rasa tak puas lagi. Bosan sangat kena duduk dalam bilik. Nak study,memang mimpi jela (aku belum ada kesedaran untuk study-sila jangan ikut perangai buruk aku ni ye)
Plan nak berjalan esok tergendala atas sebab-sebab tertentu. Keciwa sangat!
Sampai aku berdoa, Ya Allah,takde ke orang nak bawak aku keluar?
Tiba-tiba,,
Aku dapat mesej dari kakak
‘Tido UPM nak malam ni?aku datang amik kat sane’
*senyum lebar sampai ke telinga
Beberapa minit lepas tu,dapat panggilan telefon
Lampai: ‘… kat mana ni?jom keluar minum?’
Aku rasa macam ORANG MENGANTUK DISORONGKAN BANTAL. Dan aku rasa DOAKU TELAH DIDENGAR. ALHAMDULILLAH..
*gembira sampai lompat-lompat –nasib baik roommate aku tengah tidur.haha
Aku terus bergegas siap-siap sumbat baju dan barang-barang penting dalam beg kecik.
Aku naik kereta,terus pergi kedai makan.
*aku tak tahu kat mana,yang penting sedap sebab orang belanja =p
Ngok ngek ngok ngek,,,sempat singgah downtown dengan kakak dan kawan-kawan dia.
makan steambot kat downtown
Malam tu aku tidur UPM.seronok betul aku tengok bilik dia,macam-macam ada. Dah macam dalam rumah,rasa macam tak nak balik.hahaha
Esoknya aku,kakak dengan kawan dia berjalan jauh tau. Naik KTM yang penuh sesak dengan orang ramai yang tak bagi can langsung nak masuk sampai aku tak dapat naik,terpaksa tunggu trip seterusnya. -_-‘’
Sampai bank Negara,kami turun nak pergi Sogo. (ni kali pertama aku nak cuba jelajah KL tau)
Tengah hari,kami makan ikan bakar,orang belanja. Sangat syok!
Lepastu,jalan-jalan kat jalan TAR(Tunku Abdul Rahman),tempat untuk borong shawl. Beli makanan,macam-macam lah. Sampai juling mata aku tak tau nak beli apa.hahaha
teruja gila aku dengan kakak tengok kedai ni
Jalan-jalan dalam Sogo pulak.. tengah sale! Memang berduyun la orang kat dalam tu. Kami hanya jadi pemerhati.hahaha
Petang tu balik,kakak dengan kawan dia teman aku turun kat Midvalley sebab aku takut sesat. Lepas shopping barang-barang keperluan aku,kami balik naik teksi sampai KK4. Rehat-rehat kejap dalam bilik,kami turun kedai makan kat bawah tu. Makan..
Nasib baik ada Syafiq yang boleh tolong hantar kakak balik UPM. Sementara tunggu dia,kami borak lah tanpa henti.hahaha
Aku rasa seronok sangat hari ini walaupun penat. Untung lah aku ada ramai saudara-mara kat KL ni. Perjalan kami dipermudahkan-Nya. Alhamdulillah
tambahan::
gambar aku tak banyak sebab aku lah camerawoman..
Nota kaki:sedang berusaha untuk buat baik dengan sepupu sepapat..=p
ok,thanx
No comments:
Post a Comment