Assalammualaikum
Mula-mula sekali,jangan salah faham dengan tajuk entri aku ni tau. Entri kali ni takde kaitan langsung dengan kumpulan korea, SUPER JUNIOR.
Tapi aku nak cerita pasal JSP (Jabatan Syariah dan Pengurusan) ada menganjurkan satu program interaksi bersama super junior dan super senior JSP kami. Program ni boleh dikatakan macam orientasi jugak lah. Tapi sehari je.
Memandangkan hari Jumaat adalah hari yang kami tiada kelas,jadi senior telah memilih hari tersebut untuk dibuat interaksi ini. Memang ramai mengeluh sebab masing-masing nak rehat kat bilik dan ada yang balik kampong. Aku pun mengeluh jugak la sebab kena bangun awal pagi. -_-‘’
Salah seorang rakan jsp telah dengan selamba badak je pilih aku untuk jadi wakil perempuan.ok,aku terima je sebab sehari je kan?ok,fine.=)
Rupa-rupanya bukan sehari,tapi jadi penolong TETAP JSP’11/12. What??huh tak nak cerita benda ni sekarang.tunggu entri yang lain..huhu
Aktiviti dimulakan dengan sukaneka di waktu pagi hari. Sukan mula jam 8pagi. Aku gerak bersama Aina dan Ija. Lama jugak lah bas sampai,lepastu berjalan kami ke Tasek Varsiti yang agak jauh. >.<
Sampai kat sana,berapa ketul je yang sampai. Sambutan tak berapa nak hangat lah sebab ramai yang balik kampong,dan tak kurang juga yang memang taknak datang. (selamba gila seorang rakan aku bagitahu aku: ‘’Pagi ni memang aku tak nak datang,tapi nanti petang aku datang untuk makan ok’’)
Lepas berTAARUF dengan senior,ada beberapa sukan simple yang enjoy lah,sampai 11pagi.
Balik bilik,aku tidur.. -_- zzzz
Petang mula 2.30petang. tapi aku datang 3petang sebab terlajak tidur. =p
dapat cenderahati lagi tau. kelas kau jah!hehe
Dengar ucapan semua pensyarah,lepastu terus makan. Sambil menjamu selera,kami kena memperkenalkan diri.
Mari tengok gambar yang sempat aku tangkap..hehe
tak mahu dikenali..hahaha
satay..perh,sedap gila ni!
kek bersama kuey tiaw goreng.marveles!
yang ni paling sedap tau!
punyalah pelahap kitorang makan.. hahaha
ok,thank you for reading..
2 comments:
ngok ngek!!!tibe2 ade gmba aku kat situ..
kelas kau jah!!! tak mahu dikenali!!!
hahahhaha...weh terharu..ko sud mengabadikan pic aku kat blog ko ni ha...keh3 =pp
terharu ke?tapi jangan menangis lak sebab terharu..hahaha
da ko yang sama-sama melantak kat jamuan tu kan,mesti lah ada gambar ko..hehe :p
Post a Comment