terima kasih singgah sini

w.e.l.c.o.m.e

Setiap perkataan yang ditaip diharapkan menjadi sebuah perkongsian bermanfaat.

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.”

Mari Membaca Sambil Berfikir

Followers

Wednesday, April 20, 2011

belajar,,terus belajar,,jangan berhenti..

'Menuntut ilmu sampai ke negara China'


Aku yakin,ramai yang dah pernah dengar kata2 ni. Memang betul,kita mesti terus belajar. Tak kira lah,belajar apa pun..kalau kat sekolah,memang dah tentu2 kena belajar. Bagi yang dah habis belajar pulak,boleh belajar mengenai kehidupan,contohnya belajar masak,belajar kemas rumah(ni semua khas untuk perempuan),da yang biasa dengar,,belajar bawak kereta a.k.a amik lesen la!

Ok,,ni la tajuk sebenar hari ni.. amik lessen!
(e’eleh,,panjang2 merepek,ni je ko nak bagitau?)
Sukati aku lah..
Hahaha

Aku tau,ramai yang dah amik dan dah ade lessen pon.ade aku kisah?ni perkongsian untuk yang belum amik je k.. aku baru mula daftar amik lessen,jadi aku baru tau la semua ni..

1.     Mula2,kita kena daftar,macam biasa..

2.     lepas tu,masuk kelas KPP 5jam..(buat apa?)dengar ceramah,intro pasal lessen.perkara2 asas sebelum bawak kereta atau moto..

3.     amik ujian undang2..secara berkomputer..nasihat aku::study dulu sebelum pergi amik ujian tu. Nanti mesti dia akan bagi satu set buku2 untuk persediaan ujian tu(tapi,kadang2 ada tempat lessen yang tak sediakan buku tu,kena beli sendiri).. bila kita dah pass/lulus,boleh la sambung seterusnya. Tapi kalau gagal,kena ulang lagi. Tempat aku kena bayar rm35 untuk ulang.

4.    Bila dah lulus,bolehlah masuk teori. (buat apa?)dengar ceramah lagi! Tapi ni cuma 3 jam je..ceramah dan boleh tengok juga orang yang bawak kereta tu.

5.     Praktikal,,3jam. Bila dah booking tarikh,kita boleh la praktikal. Bawak kereta,belajar gear,naik bukit,parking.. Nanti dia akan ajar kita. Jangan risau k.. ikut tempat memandu yang kita amik la. Kalau aku 3jam,sehari je habis. Tapi kalau myda(kawan aku) dia kena amik sehari 1jam,jadi kena 3hari la..huhu

6.     Kita kena booking dulu tau. Kita boleh sambung belajar 10 jam(untuk kereta). Kadang2 tempat full sangat,jadi memang kena tunggu la kan. Sabar ye..hehe untung la kalau kita buat lessen waktu kita dah tak de komitmen..sebab kalau kita tengah belajar atau bekerja,kita kena tengok kesesuaian waktu kita jugak. :P

7.     Bila dah selesai,boleh terus QTI(latihan penyesuaian dan penilaian oleh institute memandu)..1jam,tapi kena buat betul2.. lepas tu baru kita amik ujian JPJ..kena lulus..(aku tak leh bagi penjelasan pasal ni sebab aku tak pass lagi..hahaha)


ok,ni je yang aku nak bebel untuk post kali ni..sebab dah tak de idea..hahaha

p/s:good luck untuk kawan2 aku yang join amik lesen >> myda n nell..hehe

2 comments:

Anonymous said...

hahaha iyelahh..
thanks, gudluck utk nad gak.. pasni bolehlah kita dapatkan lesen lori lak, senang nak angkut stok ikan bawak pergi pasar.. :P

nota kaki : cehh blog dah ada perubahan.. dah maju nampak! hehehe

nad said...

a'ah,ingat pasni nak try lesen bas lak..senang kalau nak balik universiti nanti..hahaha

*memang brubah,tgn ni gatal nak tekan2 nak ubah blog ni.hahaha