"EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER"
maknanya: walau banyak mana ilmu yang kita ada,belum dapat menandingi hebatnya orang yang ada pengalaman ni..(betul ke?aku main hentam je..hahaha)
ad satu cerita yang boleh dikaitkan dengan idiom ni..
masa aku pergi KPP untuk ambil lesen hari tu,orang yang bagi ceramah tu ada pesan,, 'makcik2 nanti lepas dah dapat lesen,cubalah bawa kereta tu pergi jauh sikit..jangan cuma hantar ambil anak pergi balik sekolah je..kalau macam tu,membazir je penat2 ambil lesen..bila kita mencuba,kita akan dapat merasai pengalaman..tak kisah la kalau kena hon ke,,kena naik2 lampu ke..he2'
hal ni betul2 terjadi lepas pada seseorang yang aku kenal.. dia ni,biar aku guna nama mrs.S..
satu hari tu,mrs.S ada kerja kat area bandar JB la..walaupun mrs.S duduk di JB,tp dy xpernah cuba bawak kereta sendiri pergi pusing2 kawasan sini..yang dia tahu cuma dari rumah ke tempat kerja,dan palingjauh pun mungkin angsana..makin lama naik lemak sebab anak sulung dia yang selalu bawak kereta..
ok,berbalik pd cerita tadi.. mrs.S bawak kereta pergi satu sekolah dekat dengan bandar..bila balik,orang dari sekolah tu bagi arahan 'keluar sekolah,belok kanan.' malangnya,dia dengan penuh keyakinan blok kiri..(entah ape yg dia tengah fikir tu)
dia memang dah tersesat,tak tahu jalan mana.. :s
kemuncak ceritanya..mrs.S ni tengok kereta penuh berderet+jem..tapi lorong kiri lengang je..tanpa fikir lagi,mrs.S terus masuk lorong yang kosong tadi..bila dah ke depan sikit,mrs.S mula rasa pelik semacam..dia pandang keliling..sekali dia tengok signboard,"lorong MOTOSIKAL".. mrs.S belok lah ke simpang kiri,(sebab dah tak tahu nak ke mana..) tiba2 sorang polis tu datang(dengan muka garang) tahan kereta mrs.S ni..kira dia nak saman lah..(siap dah pegang pen+keluarkan buku saman tau..) +_+
mrs.S ni mulakan misi menjadi fasha sanda..(berlakon la ape lagi..) mrs.S beritahu polis yang dia betul2 tersesat dan tak tahu jalan balik..rupanya mrs.S dah masuk jalan nak ke SINGAPORE..polis tu pun bersimpati,lalu seorang pegawai dari imigresen naik kereta untuk tunjukkn jalan..akhirnya mrs.S berjaya keluar daripada situasi yang agak mencemaskan itu..
dalam perjalanan pulang,,mrs.S berfikir sendirian..sudah beberapa bulan mrs.S pindah di JB,tapi dia tak pernah pun cuba untuk bawa kereta pergi ke bandar, at least danga bay or city square..
kalau perkara tadi tak jadi pada dia,sampai bila2 pun dia takkan tahu "oh,itu jalan motosikal rupanya.." dan mrs.S pun bertekad dan memberitahu anaknya "lepas ni kita cuba pusing2 jalan JB..kalau dah tahu jalan,takde lah susah sngat.." (padahal dah banyak kali aku suruh cuba bawak kereta pusing JB..) siapa mrs.S?kalau baca sampai habis,mesti dah tahu punye..hehe
jadi,pengajarannya,,: apa guna susah2 ambil lesen kereta,tapi tak berani bawak kereta jauh2??setakat kita tahu jalan,tahu tengok peta,hafal nama jalan,,tapi hakikatnya kita tak pernah bawak kereta lalu kawasan tu sendiri,tak berguna jugak kan..
kesimpulannya,,pengalaman yang kita dapat sangat berharga,walaupun ianya mungkin pahit atau menyeramkan..hahaha :D
No comments:
Post a Comment